Tuesday, April 21, 2009

TKD Snippets

Akhirnya, aku rasa boleh declarelah kat sini, budak2 TTA tak participate untuk Nat. Champs kali ini. Gara2 semuanya sibuk dengan kerja masing2, lepas tu short notice dan semuanya tak beberapa komited training.

Aku pula? Mungkin jadi penontonlah pergi tengok. Aku dapat tahu venuenya pada kali ini di Politeknik Shah Alam. Initial venue adalah di KL Sentral, tp aku tak tahulah kenapa ke Politeknik tukarnya. Aku tak kisah sangat, surat official pun belum keluar lagi, MGTF website pun camtue lah jugak takde updates even though Dato’ dah announced semasa TTA Champs baru2 nie.

Hari Sabtu petang tu aku terima call dari Mst. Yeow, aku ada setkan appointment untuk dia untuk suatu event nie. Pastu dia bgtau aku (alaaa citer2 gitu) yg Mr. Sharifuddin appointed sebagai Auditor bersama dengan Mr. Eizam. Dan Treasurer dah digantikan dengan orang yang baru tapi aku tidak diberitahu siapalah. Mungkin ada orang yg akan sudi bercerita nanti, manalah tahu. Aku ni mendengar jer kalau ada orang yg sudi bercerita.. .. hu3.

Aku ingatkan mungkin ada perubahan yang drastik pada BGM kali ini. Walau apa2pun, congrat untuk Mr. Sharifuddin for Auditor appointment.

Kelas TKD Fadason aku meningkat kuantitinya dengan penambahan 5 orang students baru malam tadi. Nampak gayanya aku kena utilize dewan tu dengan sepenuhnyalah, selama ini aku guna half dewan tu sahaja, lagi half tu adalah barang2 kepunyaan persatuan penduduk disimpan. Nanti aku kena arrange balik condition dewan tu balik.

Tak kurang samanya dengan Kelas TKD Slyg Sejati, sudah mendapat sambutan sedikit demi sedikit dari initial 2 students sahaja. Malah, insyaallah jika mengikut perancangan aku, selepas Children Class, aku akan continue dengan Adult Class ataupun untuk ‘Old Timer’. Adalah yg aku called kenalan2 lama yg sekarang nie pun badan dah naik untuk join training balik at the same time untuk re-group. Insyaallah mereka akan turun pada Sabtu ni. Eh! Lupa pulak yang adik lelaki aku akan ada TKD tournament (WTF) di Dewan Sukan Klang (Taman Andalas) pada Sabtu ni (25.4.09). Aku nak turun nak gie tengok sambil boleh aku lawat orang tua di sana.

Aku menerima kunjungan orang lama aku sepanjang penglibatan aku dalam TKD. Asalnya aku minta dia dtg turun padang memandangkan dia tak busy mcm dulu2. Asalnya jugak dia ini senior aku dulu semasa aku mula2 join TKD pada awal tahun 1995. Aku talipinggang putih dia dah green-tip. Pastue rambut dia ala-ala rambut ‘Bros’ naik basikal ‘Jipang’ lak tu. Memang nampak mcm ‘kerek’ jer.. .. hu3.. last jadi kawan baik sampai sekarang. Cumanya dia ‘walked-out’ semasa kami 1st dan sebab dipergunakan oleh jurulatih2 untuk kepentingan duit. Jurulatih2 tu aku memang kenallah sesangat Cuma aku nie jer banyak bersabar, muka tebal walaupun kena pressure dengan orang tua aku pada masa itu.

Al-hamdullilah, aku berjaya pujuk dia untuk tolong aku handle salah satu kelas TKD aku. Aku kadang2 tue out of hand, itu sebab aku minta pertolongan dari dia. Tapi dia remindkan aku awal2, jangan libatkan dia dalam sebarang aktiviti yang melibatkan agenda politik ataupun yg sewaktu dgnnya. Lebih kurang samalah prinsip dia dengan kawan aku Nordin (Smarts). Baguslah begitu, si Nordin dah ada member yg seteru dengan dia. He3. Bagi aku, walaupun dia masih lagi maintain 1st dan, dia masih lagi senior aku walaupun keadaan sekarang sudah berbeza.

Hopefully, things will be in place as according to my plan.. .. .. hopefully.

4 comments:

Sharifudin said...

Master Chee yg dpt balik post Treasurer tu. elok la tu. Biarla Mstr Ricky rest pulak. Tp to be frank..aku nk Eizam jd Treasurer he..he..

Anonymous said...

Din, aku tak berminat. acuan aku lain.

to be frank, aku nak din jadi deputy president. adam jadi secretary general. Haji jadi president. Ustaz jadi biro penerangan...yg lain lain tu biar la delegate pilih...hihi

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Ayasu Kuro-Obi said...

Mana bley aku jadi president...aku keje swasta, tak mampu nak sponsor byk2. Kita bagi mu la presiden...buleh sponsor ayam everytime meeting... aku sponsor kertas buleh la.