Tiap2 hari Jumaat aku akan terima panggilan mengenai kelas tkd aku di JKKK. Aku puas sebab mendapat respons yang baik selepas aku gantung banner kat luar. Mcm2 karakter dan komen dari orang yang menghubungi aku.
Hari ini aku terima beberapa panggilan lagi, puratanya lebih kurang sama komennya dengan entri aku yg dulu. Rata-rata mereka tidak berpuas hati dengan lagi satu TKD yang berdekatan dengan tempat aku. Ada yang mengatakan jurulatih di sana kasar, ada yang mengatakan sesi latihan yang mana pelajar berasa tertekan, ada yang mengatakan lebih kepada kulit/warna, dan macam-macam lagi kenyataan yg diluahkan oleh mereka.
Dan apa yang aku memberi jawapan ialah, “Itu adalah komen ataupun luahan dari sudut ibubapa ataupun sebagai seorang individu, saya di sini tidak mahu menyatakan sebarang kata berhubung dengan luahan abang/akak. Saya tidak mahu kelihatan nanti seorang yang bias.” “Apa yang saya boleh katakan ialah jika ingin anak-anak abang/akak berlatih di sini, silakan, saya akan mengajar dengan sebaik saya yang boleh.”
Aku tidak ingin menambah perisa dalam kepahitan luahan yang mereka alami itu. Jika aku berbuat demikian pada mereka, aku sendiri tidak ubah seperti karakter jurulatih2 di sana. Walaubagaimanapun, harus kita ingat bahawa kita juga menerima impak/kesan atas luahan itu. Kerana apa?, kerana masyarakat masih lagi keliru ataupun tidak tahu aliran seni TKD ini mempunyai 3 badan yang berbeza. Pada mereka TKD adalah sama sahaja.
Dan menjadi sebagai satu ibadah untuk membetulkan mereka atas pandangan yang serong terhadap TKD ini, tetapi ingat ianya bukan lagi ibadah jika kita menghentam pada yg lagi satu itu pada mereka, sepertimana yg aku katakan, kita sendiri nanti tidak ubah seperti mereka. Biarlah ibubapa sendiri yang memberi pandangannya sendiri dan biarlah antara jurulatih2 yang buat pandangan tentang lagi satu itu. Pada aku, apa yang aku akan buat ialah mengajar dengan ikhlas dan sebaik mungkin dan juga mengekalkan hubungan yang baik dengan ibubapa mereka.
“A Black Belt Leader is a Well Balance Person at All Times”

No comments:
Post a Comment