Thursday, February 26, 2009

Mc' Dojang bukan Mc' Donalds

Aku tertarik dengan seorang forummer nie. Ada satu subjek yg dia menggunakan istilah McDojo. Bg sesiapa yg tidak tahu apa maksud isitilah itu, then boleh klik di link ini. Aku lebih suka kepada istilah McDojang atas seni Korea yang aku pelajari.

Sedikit sebanyak ada jurulatih2 yang mengamal sistem McDojang ini. Jurulatih2 ini mengutamakan lebih kepada kuantiti dari kualiti. Walaupun begitu, jurulatih2 ini mendakwa mereka memberi latihan yg positif dan telah menghasilkan ratusan pemegang talipinggang hitam dalam institusi seni mereka. Sekali lg yg jelas ternyata bahawa kuantiti yang mereka mercu ttp bukan kualiti.

Aku tidak nafikan juga dalam institusi latihan kita ini juga mempunyai jurulatih yg berperibadian McDojang. Kuantiti membuat mereka buta kepada tarikan $$$. Malahan, aku juga pernah menjadi mangsa kepada jurulatih McDojang ini, sehinggakan tidak dibenarkan berlatih kerana lewat membayar yuran pada ketika itu.

McDojang ini akan mungkin akan mengubah sistem yg selama ini kita berpandukan ala tradisional (martial arts) kepada sistem yg kita kenal iaitu ala sukan (martial sports). Ya, aku tidak menafikan juga bahawa kita perlu mengamalkan ala sukan dalam sistem latihan kita untuk pertandingan / kejohanan, malah melalui kejohanan ini memberi titik peningkatan kepada para pelajar kita. Walaubagaimanapun, pertandingan ataupun kejohanan hanyalah sebahagian kecil dalam sistem seni beladiri kita ini. Terdapat banyak lagi bahagian yang harus diketengahkan semasa kita mengajar dan bukanlah hanya menumpukan kepada kilauan pingat dan kebanggaan semata-mata.

Juga, McDojang ini menggemari menghasilkan ramai pemegang talipinggang hitam dalam masa yg terdekat dan pemegang talipinggang itu sendiri akan merasakan bangga pada diri mereka juga tidak lupa kepada para ibubapanya sendiri tanpa menyedari mereka telah terpesong di dalam laluan yang betul. Para ibubapa akan seronok melihat anak mereka memakai talipinggang hitam tetapi tidak menyedari bahawa kualiti anaknya tidak semegah talipinggang itu sendiri. Aku sendiri pernah mengalami dan melihat insiden itu dan aku merasa sedih atas pelajar tersebut. Kita sebagai jurulatih wajib memberi pengetahuan asas kepada ibubapa supaya mereka faham dan tidaklah mengejar kepada keindahan warna kain.

Aku pernah disoal dahulu oleh ibubapa kenapa anak mereka tidak boleh pergi ke ujian talipinggang atau ke pertandingan dan jawapan aku straight forward, aku mementingkan kepada kualiti individu dan jika pelajar itu tidak dapat lagi memenuhi kualiti tersebut maka dia haruslah berlatih dengan lebih tekun lagi. Kita harus faham bahwa kualiti itu tidak hanya kepada kepandaian menendang, kepantasan menumbuk, pandai bermain dalam sparring, pattern yang bagus, ini semua hanyalah sebahagian dari kualiti. Kualiti juga bermaksud dari segi disiplin, sikap rendah diri, hormat-menghormati, asas kefahaman dalam seni itu sendiri i.e ;

1. Dalam aspek self defense - wrist manipulation, breakfall, human anatomy dll.
2. Dalam aspek asas kefahaman pattern,

dan banyak lagi, ‘tenets’ itu sudah cukup untuk seseorang itu memahami konteks kualiti yang dicari.

Apa yang membuatkan ‘more ridiculous’ apabila yuran pembelajaran itu mengikut kepada talipinggang seseorang individu tersebut dan sekali lagi ibubapa secara membuta membayar tanpa mengetahui hakikat.

Kini, “martial sports” selalu dipraktikkan oleh jurulatih2 McDojang. Malahan, di sistem pentadbiran pendidikan juga telah mementingkan ‘martial sports’ dan aku pasti mereka tidak berpengetahuan dalam perkara ini dan menurut intrepetasi polisi, dan ada juga hanyalah mengejar kepada kemasyuran. Jika kita perhatikan, ‘martial sports’ ini mudah untuk dipelajari dan mengambil masa yang tidak lama untuk memahirinya. Cuma yang pasti, intipati yang sebenarnya tidak diselami dan konteks sebenar seni itu musnah, tenggelam sama sekali.

Aku ingin menarik perhatian sesiapa sahaja yang sudah membaca ‘entry’ ini ; apakah sebenarnya nawaitu anda dalam apa jua seni beladiri yang anda pelajari?

3 comments:

Anonymous said...

menarik sekali kupasan anda.

Alhamdulillah. Anda sedang menjiwai falsafah tkd dan itulah sebaiknya. Tidak dinafikan bhw isu duit dan politik boleh mengubah pendirian kite. Imbangilah dgn ilmu kerana ilmu itu tidak putus asa memayungi anda.

Anonymous said...

Hi Adam, saya really respect pandangan you. Cara pemikiran and pemahamam anda hanya akan berlaku kalau seseorang itu telus memahami intipati jiwa TKD atau apa-apa jenis seni bela diri.

Semoga anda berjaya!!!

Moodo_seeker

Adam A. said...

Thank you Sir Eizam for the advise.

and to Moodo_seeker, it's an honour to see you here reading my blogs.

Best of luck to you too!