Wednesday, February 18, 2009

Rezeki Jgn Ditolak.. .. ..

Hari Jumaat lepas, AJK JKKK ada dtg berjumpa dengan aku selepas aku habis kelas TKD. Dia tanya ada berapa students, berapa kali seminggu.. .. .. aku pelik gak sebab selama nie yg aku bagitau, dia lupa ker? Rupanya ada permintaan disebalik semua pertanyaan2 tue.

Katanya dia nak buat satu kelas, tp ideanya masih lg blur lah. Aku tanya kelas camana tue sebab tgk muka dia pun mcm xde idea. Aku cakap setakat demo tue free jer, aku x charge lainlah kalau mcm seminar atau kursus dan kelas TKD untuk dewasa. Barulah dia faham sikit.

Aku ckp kalau nak buat seminar, kursus atau demo kena inform aku awal2 sebab aku nak buat preparation. Jgn last2 minute, aku tak nak jadi bidan terjun.

Mungkin rezeki aku malam tue kot, rezeki berbuah dua kali. Selepas jer AJK tue balik, aku terima kunjungan dari pakcik nie, minta buka Dojang kat apartment dia. Takde minta lulus2, terus prepare flyers / posters dia nak tampal kat dewan serbaguna dia. Aku mana boleh kata TAK BOLEH.

Insyaallah, kelas baru aku tue akan bermula pada bulan Mac nie nanti. Cadangnya pada hari Ahad malam. He he he, dan lagi satukan, aku dapat dua orang students baru malam tue.

Rezeki yg tidak diduga.. .. .. Al-hamdulillah!

No comments: