Tuesday, February 24, 2009

"Sir Duduk Kat Kerusi Tue"

Ankle aku masih lg sakit.. .. nak ajar kelas camana? Susah jugak sebab takde org nak replace aku buat sementara waktu. Nak ke tak nak, terpaksa juga aku redah pergi mengajar malam tadi.

Sampai kat kelas aku, nothing to expectlaaa, dewan budak2 tue bukakan, budak2 tue sapu bersihkan dewan, susun meja2.. .. .. teringat semasa zaman aku muda2 dulu ; instructor dtg mengajar jer, yg lain students yg buatkan.. ..

Aku bgtau students aku ankle aku injured dan takleh nak ligat mengajar seperti sebelum nie. Budak2 tue kater aper “Sir duduk kat kerusi tue, kitaorang warm up sendiri, nanti sir cakap jer tak perlu tunjuk, kitaorang akan buat” Sejuk hati aku malam tue.

Aku nak ajar beberapa skil sparring utk pertandingan yg semakin hampir nanti.So,diorang berlatih sungguh2 malam tue, yelar, kalau boleh diorang nak menang. Aku tak kisah sgt, lgpun ini akan menjadi kali pertama diorang masuk ke pertandingan. Aku x expect aper2 dari diorang cumer.. .. .. bila diaorang free sparring nanti kalau aku x puas hati, keluar “air mata jantan” laa diorang jawabnya.. .. ..

Walauaperpun, diorang nie sumer mengenangkan aku zaman aku sebaya mereka dulu. Bersemangat, giler sparring asyik tiap2 minggu nak sparring jer. Siap call aku lg minta bawa sparring gloves.

Sekurang2nyer, aku seronok mengajar mereka dan aku menghargai minat mereka dalam seni TKD ini.

3 comments:

Anonymous said...

kalau dah cedera tu...saman jgn tak saman. hope u recuperate fast

Adam A. said...

Choy, keras kepala dan x reti sakit. That statement suit me well if u ask my wife. Ha ha ha. Thanks for the advise.

Adam A. said...

Sir Eizam,

Thank you for the wish.

Kecederan tu biasalah dlm arts nie.

Saman? :O