Tuesday, March 31, 2009

No Matter How Hopeless U Are, It Is Not End of Life..

Aku tengok entry terbaru senior aku, Ayasu Kuro-Obi, dah lama aku tak merasa perasaan begini. Selalunya aku merasa dalam course self-development/team building yang dulu2 aku joined.

Tetapi entry senior aku kali ini benar2 menunjukkan betapa hebatnya kuasa 'iltizam' dalam diri kita ini sebagai manusia di muka bumi ini.

So, kalau rasa2 nak rejuvenate, tengok video di blog Ayasu Kuro-Obi. (Klik di sini) Very inspirational!!

* Video courtesy daripada Ayasu Kuro-Obi. With many thanks!

Wednesday, March 25, 2009

Updates Daughter Aku.. .. ..











Ini gambar2 Inas yg the latest. Umurnya skrg ni 4 bulan ++. Pandai main dgn bear buschuk dia, kita ler yg kena pegang bear tu main dgn dia. Baru2 nie bawa dia kat Mc'D, aku bawa anak buah aku sekali nak belanja dia makan.. .. ingatkan nak bawa jalan2 pergi Mid Valley, tp tengok si Inas nie dah mengantuk, kesian kat dia masih kecil lagi, so, after makan, beransur pulang. Skrg ni pun Inas ni dah pandai tidur lasak, habis semua bantal2 dan selimut ntah kemana. Pasal dia aku kena tidur kat bawah. X boleh jadi nie.. .. kena beli katil dia jugak, mana tahan beb tidur bawah. He he he.

Monday, March 23, 2009

Tkd Ada Unsur2 Keugamaan?

Tkd nie ada unsur2 keugamaan?

Sure mesti ada yang gelak membaca title entry aku nie. Sejak aku gantung banner TKD aku nie, baru jer x sampai seminggu, kelas aku menerima kunjungan nak melihat, ada yang berlatarbelakangkan pelajar silat dan aku seronok ada yang melawat tetapi yang buat aku tak seronok bila tgk budak2 excited tgk latihan dan budak2 tue try sama mereka sendiri, pantang aku melihat dan cepat aku menegur.

Aku dapat sms daripada parents nie, kebetulan dia nie cikgu di sekolah agama berdekatan dengan kelas aku. Katanya dia nak menghantar anaknya untuk berlatih TKD, aku 'never say no, you are welcome to my class'. Kemudian dia ada bertanya, adalah org2 yang menceritakan pada dia bahawa TKD nie ada unsur2 keugamaan, ritual, baca2, takut lari akidah. OMG!!!!! TKD nie lebih kurang yoga ker yg kena banned?

Ada jugak orang yang berfikiran begitu, aku tak nafikan provokasi yang sedemikian, Cuma aku sedih bila orang memberi pandangan tanpa soal selidik dahulu latar belakang. Paling ritual pun aku buat, iaitu baca doa penerang hati (buat org Islam) sebelum mula kelas.

Aku kata pd parents tue, ‘Apa yg akak dengar tue adalah tidak benar, latihan TKD ini melibatkan mental dan fizikal tiada unsur ritual yang diamalkan’. Dtglah ke kelas saya dan saya akan tunjukkan semasa sesi latihan.

Kita nie bukan macam seni yang lain, kena mandi bunga, baca jampi serapah, pakai tangkal, mandi minyak.. .. .. ritual sana spiritual sini. Aku x ingin semua tue, aku nak secara latihan secara zahir, mental dan fizikal menerusi sistem latihan kosentasi tradisional dan moden.

Dan aku jugak bukan seorang yg suka menfitnah seni itu x elok, seni aku yang bagus, seni itu cilok seni aku, cheh gila apor!! Otak letak kat lutut aper org2 camnie? Apabila konsep permikiran dibasuh sebegitu, tidakkan berkembang diri kita sendiri dan kita tidah ubah seperti katak di bawa tempurung.

Aku ingat pada masa aku gantung banner TKD aku, ada ler pakcik nie lepas sembahyang isyak keluar bising bertanya “takder silat gayung ker? Mcm hebat, marilah try dgn gayung! Tgk hebat x hebat.” Wife aku ada masa tue, aku ckp kat wife aku, “itulah org yang tiada akal ketika bercakap, hanya tahu menguji kekuatan fizikal dan membandingkan antara seni ini kpd seni yg lain. Tak perlu layan orang yang sebegitu.” Semua seni beladiri adalah baik dan yang mengekalkannya baik adalah individu yang mempraktiknya dan juga yang membuatnya nampak tidak baik juga adalah individu tersebut.

Aku tak pernah ada musuh dalam seni yang lain dan tidak suka membuat musuh. Terpulanglah kepada individu tersebut. Pernah aku buat baik pada seseorang, dia pun tabor janji manis pd aku dan akhirnya aku tersadai dengan janji2nya yang ‘manis’. Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya.

Di IMAF’08, semasa sesi private dengan GM Hanshi Albert, aku berpartner dengan orang silat melayu. Katanya teknik2 yang ditunjukkan adalah berasal dari buah silat. Aku x nak menjadi dan bersikap seperti demikian. Biarlah dia dengan kefahamannya dan keagungannya. Kita harus bersifat terbuka dan rendah diri, mengenali seni2 yang lain dengan minda yang terbuka dan rendah hati bukannya dengan sifat menbanding-bandingkan dan memperolokan seni yang lain.

Orang yang bersikap begini sebenarnya orang yang tidak harus kita contohi. Doakanlah agar orang2 sebegini cepat sedar dari kesilapan dan keegoannya sendiri. Dan ingat kepada nawaitu anda ketika mengajar kepada students kita, ikut resmi padi makin berisi semakin tunduk bukan seperti resmi lalang makin tinggi semakin terhuyung-hayang tiada haluan.

Ini menambahkan lagi tensi aku, tunggu! Aku nak pergi cuti jugak!!!

I Need a Vacation

Aku rasa ingin bercuti.. .. .. itulah rasa aku buat masa ini. Mungkin aku rasa tertekan dengan keadaan buat masa sekarang. Cuti pada hari Ahad pun aku rasa tak puas, sekejap sajer dah malam, esok nak start kerja.

Aku tak tahulah dari aspek yang mana aku rasa tertekan, mungkin aku rasa aku tak cukup berehat tapi itu x masuk akal pulak, bini tiap2 malam hingga ke pagi kena bangun ‘breastfeeding’ kat anak aku. Mungkin disebabkan cuaca yg baru ni2 panas membahang sampai ke malam ataupun tensi tgk e-mail office yg aku received a day yang tak kurang dari 30 e-mails. Ntah xleh nak trace sourcenya.

Baru2 nie ayah aku admitted ke ward, lungs dia swollen disebabkan jantung dia tak mengepam pada kadar yang normal. Aku tgk dia ok jerk at hospital, chat dgn roommates dia at the same time aku worried sebab dia x pernah ada heart case before. Doc informed yg my father kena stop drastically on smoking, kena buat light exercise regularly, kena control on eating too. Knowing my father character, he will never stand for long period sure dia curik2 buat. Aku dan adik2 yg lain kenalah monitor dan ensure dia to obey doc’s advise.

Sejak2 nie aku tak komited ke Dojang TTA untuk turun berlatih, ada kalanya aku rasa mental tired dan nak balik berehat. Ada yg lepas2 Mst. Yeow siap sms dan call aku ‘Dtg training x?’ Aku mana boleh kata x free, dah dia tanya, kata dtg jerlaa. Bini aku tue kdg2 bising jugak, apa taknya weekdays malam aku boleh dikatakan busy, tak ker kelas TKD dan kerja part time akaun aku. Hanya hari Ahad jer hari aku spend time dengan family. Aku x nak jugak rasa isolated mahu dari aku ataupun dari wife aku.

Hmm, aku rasa aku kena pergi bercuti jugak. Ambil cuti 2-3 hari, book flight ke Bali ker, Langkawi ker, ataupun yg kira ok dan yg boleh drive iaitu ke Pantai Cherating. Boleh jugak aku round2 sekitar bandar Kemaman, kena kopi yang terkenal kat sana (belum pernah try walaupun selalu ke KSB) dan tak juga boleh lawat senior TKD aku, Ayasu Kuro-Obi. Insyallah, jikalau tiada aral yang menghalang, financial pun ok, aku akan pergi bercuti.

Buat masa sekarang nie, try to find rest time yang secukupnya. Sleep 3x.

Sunday, March 22, 2009

You Can Do?

video

*Cuma untuk tontonan sahaja. Selamat Menonton!

Saturday, March 21, 2009

My Visit to Smarts TKD Centre


Akhirnya!, tercapai jugak niat aku ke Dojang si Nordin nie. Citer2 punyer citer skrg sudah tiba. Nordin sudah lama invite aku cumanya aku tak berkesempatan lagipun kalau pergi utk kali pertama ke dojang yg baru dibuka elok jika membawa cenderahati.

Di dojang, Nordin memberi pengormatan kepada aku untuk run kelas dia, Thank you Sir!. Lagipun, ianya elok sebagai pengalaman kepada students dia berlatih di bawah jurulatih yang berlainan.

Seronok melihat students Nordin nie mencuba sedaya upaya dalam sesi latihan, iyalah melakukan sesuatu yang agak sukar dan baru bagi mereka, tapi pengalaman yang mereka perolehi adalah priceless.

Aku takleh nak focus sesangat semasa conduct bila divide kpd 2 sesi, sebab crowd students Nordin nie dah penuh satu Dojang dia. Divided kpd 2 sesi pun lglah nampak crowded, he he he suatu petanda yg bagus. Dan juga tak lupa kepada parents Smarts atas support mereka. Kita kena ingat tanpa support drpd parents, Dojang anda tidak akan meriah walaupun penuh dengan ‘equipments’

Untuk info korang, utk membuka satu Dojang bukannya senang. Kos operasinya pun boleh tahan jugak, tak jugak kepada kos pengubahsuaian dan juga kos peralatan latihan. Aku respect kpd Nordin kerana berjaya membuka Dojang, suatu pencapaian yang diimpikan oleh semua jurulatih. Bukan semua jurulatih melayu yang telah mencapai tahap ini, selain Nordin, Hj Saiful (Kemaman)juga salah seorang darinya. Aku boleh katalah Dojang Smart nie lebih besar drpd Legend TKD dojang dan TTA dojang. Cuma pd ketika ini dalam peringkat awal masih banyak lg ‘improvement’ yang masih perlu Nordin buat. Take ur time bro.

Aku tak lupa dengan cenderahati yang aku planned nak bagi kat Nordin, Pd mulanya aku pun x pasti nak beri apa; punching bag? Poster TKD? Tiba2 aku teringat satu fundamental yg mesti ada dalam setiap Dojang iaitu gambar Gen. Choi (Founder of TKD). Aku called Nordin tanya dia ada tak gambar Gen Choi. Dia kata dia takde, baguslah tue bg aku.

As an extra effort, aku letak sekali gambar GM Park (Founder of GTF), letak frame yg cantik untuk Nordin gantung kat di area berhadapan pintu masuk Dojangnya. Ramai yg lupa tradisi ini iaitu bow hormat sebelum masuk ke Dojang dan bow hormat kpd Founders. So kiranya sekalilah bow bila hendak masuk kalau gantung di dinding berdepan dgn pintu masuk. Idea nie aku ilhamkan dari Dojang TTA.

So, to Nordin, tahniah atas Dojang dan juga kpd Smarts. Keep the spirits burning, improve our quality with the way of true TKD!!

Friday, March 20, 2009

Support 60 Earth Hour

What you can doTurning your lights off for an hour is a great start. However, there are many other things you can do to make Earth Hour 2009 a success.

Sign Up Now. Become a part of Earth Hour and get useful tips and tools to reduce your carbon footprint everyday.

Tell A Friend. Better still – tell them, your family and even your work mates. Encourage them to sign up. Email them a link to this website and mobilise even more people!

Tell Your Story. How is climate change affecting your family and your community? We want to hear how you're becoming part of the solution.

Run your own Earth Hour. Download our quick guide for how to run Earth Hour in your city or town. It's easy!

Your Earth Hour. What will you be doing at 8.30pm on Saturday March 28? We're keen to know what you have planned for Earth Hour 2009. If you'd like to share your plans with Earth Hour and the media, then please send us an email describing with as much detail as you can what you have planned to myearthhour@earthhour.org. Don't forget to include your name, where you live (City and Country), and your contact telephone number including your country code.

Blogger Tool Kit: Create a blog post about the importance of global action on climate change and how participation in Earth Hour can make a difference.

Switch off your lights at 8:30pm local time, wherever you live on planet earth. Saturday 28 March 2009 in the support of Earth Hour.

*Taken from www.earthhour.org.my

Tuesday, March 17, 2009

Ketakutan Anda adalah Punca Kekuatan Anda

Aku pasti ramai students di luar sana yang mempunyai perasaan takut ketika berlatih. Aku mendefinisikan maksud takut di sini adalah dari segi emosi. Apabila students kita melihat sesuatu yang baginya menakutkan ataupun mengerikan apa yang akan berlaku pada si dia ini adalah ruang untuk menerima menghadapi perasaannya sendiri telah tertutup.

Sebagai contoh aktiviti yang mungkin mencetus ketakutan seperti free sparring, self defense, merasai kesakitan mahupun membuat breakfall. Sebagai pelatih TKD, mungkin ada segelintir yang mungkin tidak bersetuju dengan aku yang mana kita sebagai pelatih hendaklah merasa perasaan itu dan dengan itu perasaan itu akan hilang sedikit demi sedikit.

Kita sebagai jurulatih tidak boleh menggunakan kekerasan dengan mengarahkan students kita untuk melakukan sesuatu yang dia takuti, sebaliknya dengan mengajar dia cara untuk melakukannya. Ketakutan itu adalah sebahagian daripada ‘defensive barrier’ yang semulajadi wujud dalam diri kita. Jika kita melatih perasaan itu dengan sendiri kita dapat mengatasi halangan yang paling hebat di dunia iaitu diri kita sendiri.

Adalah tidak keterlaluan untuk aku menyatakan di sini iaitu dedahkanlah, berilah perasaan takut itu kepada students kita agar dia dapat belajar untuk mengadaptasikan dirinya dalam situasi tersebut. Dalam pada cara aku, aku memberi takut itu dalam bentuk self-defense, aku kenalkan rasa sakit pada mereka, aku membuat mereka merasa kesakitan itu malahan ada juga menitis airmata kerana sakit itu. Aku mengajar mereka breakfall dan aku sendiri yang ‘throw’ mereka dalam keadaan itu mereka sendiri berasa takut untuk dijatuhkan. Dan tak lupa, aku juga membentukkannya dalam konteks pelajaran free sparring. Kenapa? Aku mahu mereka sebati dengan perasaan itu dan dapat mengatasinya dan mengawalnya pada bila2 masa. Bahkan perasaan takut/sakit itu akan membuat badan mereka imun dan meningkatkan daya ketahanan fizikal dan mental mereka.

Mungkin ada yang akan menyatakan cara aku agak keterlaluan, dan tidak keterlaluan untuk aku menyatakan aku peduli apa?! Sepanjang pengajaran aku pada students aku, dari berumur 6 tahun berasa seronok dalam merasai kesakitan itu dan ingin melakukannya lagi. Bukan maksud aku di sini untuk menyakitkan atau mendera students aku tetapi konsepnya adalah untuk memberi rasa takut/kesakitan minima atau ‘intermediate’ yang cukup untuk mencetus reaksi dan tindak balas meraka.

Kepada sahabat2 aku dan jurulatih2 yang lain, berilah kesakitan itu kepada students anda, bahkan mereka akan merasa lebih yakin dan positif dalam memahami konteks seni beladiri TKD. Dari situ students anda akan mendapati ketakutan itu sebenarnya salah satu punca kekuatan kendiri.

Thursday, March 12, 2009

That's My Dad!

Hari Ahad yang lepas, aku balik rumah mak ayah aku kat Klang. Sudah lama rasanya aku tak menjenguk mereka, last sekali aku singgah semasa Inas 1 bulan, tak salah aku lah. Pagi tue aku dah siap2 nak ke pasar borong nak beli sikit2 barang basah untuk mak ayah aku kat sana. Lagipun memang perangai aku kalau balik Klang mesti berisi dalam bonet kereta tue. Aku serba salah kalau pergi kosong jer.

Hari tue aku dah set nak beli kotak polisterin nak letak ayam, ikan yang mana benda2 berbaulah. Selepas insiden hari tue yang mana wife aku pergi ke pasar balik ke rumah kereta aku bau ikan, habis semua car mat aku tonyoh cuci. Selamat dia tak letak kat bonet, ntah pulak camana aku nak buat. Habis membeli, aku balik singgah 7e, beli ais letak dalam kotak polisterin, habis citer. Aku tak perlu risau lg ada bau dalam keter aku.

Sampai rumah wife aku dah menunggu,aku habis mandi, dah siap terus headed ke Klang. Mak ayah aku pantang sikit tgk aku nie terkinjal2 berjalan, dan aku nie memang dah biasa berterus terang. Ayah aku x tanya mcm mana aku boleh kena, dia kata aku yg cari pasal dan kena tanggunglah sakit tue. Aku pull stop kat situ xde lg nak bercerita.

Dipendekkan citer, hari Selasa lepas, aku terima call dari kakak aku, bertanyakan tentang ankle aku, she told that someone claimed I ignore for medical attention. I am wondering? Aku bgtau yg ankle recovering taklah fully but better than before. Malam tue aku call kakak aku balik, siapa yg ‘claimed’ tu? Is it our father? Strong feeling aku kata it was my father. It was true.

Aku tergelak besar! Susah betullah, hari tue tak nak tanya dan x nak aku bercerita dan skrg call kakak aku different story pulak keluar. Aku x marah cumer geli hati dgn ayah aku tue, macamlah aku nie budak 18 tahun jer, (tpkan ada so called kakak nie ingat aku nie 18 tahun pdhal aku lg tua pd dia) Anyway, itulah karakter ayah aku. Dah besar panjang pun kena dengar ceramah leter dia, aku yg faham nie buat diam2 jer laaa.. .. ..

Tp sampai skrg insiden tue mencuit geli hati aku…. .. .. .. .. .

Wednesday, March 11, 2009

JKKK TKD CLUB





Gambar ini aku ambil semasa sesi latihan. Pada hari itu, 2-4 orang students aku x dapat hadir, demam. Aku ingatkan nak ambil group photo pd malam tu, tapi aku ada kunjungan orang JKKK, so kelam-kabut sedikitlah nak melayan mereka.

Tuesday, March 10, 2009

Students oh Students

Students Oh Students!

Makin nak dekat pertandingan makin timbul la pulak students baru nak join kelas di Fadason aku nie. Pd mulanya aku seronok sebab dpt enrollment baru, kelas pun bertambah murid. Cuma yang buat aku berang tue sebab students lama aku terlepas cakap budak2 baru tue masuk sebab nak masuk tournament, nak sparring dengan orang.

Memang betul pun selepas aku dig ttg nawaitu diorang. Aku teringin nak buat macam Din, sparring dengan aku dulu, kalau keluar merangkak then baru boleh citer, tp tue aku tak dapat tunaikan, ankle aku x baik lagi. So, apa boleh aku buat, self defense je lar.. .. .. So far, semua students yang baru masuk tue tak datang lagi training selepas kena self defense dgn aku.

Bukannya aku nak mendera orang, cumanya niat nak belajar tue kenala betul. Budak2 sekarang nie ingat nak seronok jer, safety tak ingat lak. Lagipun kalau diorang boleh terima kekasaran pengajaran aku, x semestinya aku allow mereka utk ke tour. Sekali lagi safety memainkan peranan walaupun safety gear mereka akan pakai ttp ilmu takde pun tak guna jugak.

Skrg nie, aku stick la dengan kuantiti kecik aku di Fadason. Walaupun kecik, jiwa mereka besar. Semalam jer aku dah buat mereka nangis jantan lagi sekali, pastu sparring utk tournament. Aku dah warwarkan, sparring dengan teknik bukan dengan kaki & tangan.

29 Mac & 4,5 April, kian hampir.. .. .. debaran mu terasa.. .. ..