Friday, February 27, 2009

Sajer2 Jer utk Tontongan Bersama

* Klip ini tiada kena-mengena dengan sesiapa pun.

Thursday, February 26, 2009

Mc' Dojang bukan Mc' Donalds

Aku tertarik dengan seorang forummer nie. Ada satu subjek yg dia menggunakan istilah McDojo. Bg sesiapa yg tidak tahu apa maksud isitilah itu, then boleh klik di link ini. Aku lebih suka kepada istilah McDojang atas seni Korea yang aku pelajari.

Sedikit sebanyak ada jurulatih2 yang mengamal sistem McDojang ini. Jurulatih2 ini mengutamakan lebih kepada kuantiti dari kualiti. Walaupun begitu, jurulatih2 ini mendakwa mereka memberi latihan yg positif dan telah menghasilkan ratusan pemegang talipinggang hitam dalam institusi seni mereka. Sekali lg yg jelas ternyata bahawa kuantiti yang mereka mercu ttp bukan kualiti.

Aku tidak nafikan juga dalam institusi latihan kita ini juga mempunyai jurulatih yg berperibadian McDojang. Kuantiti membuat mereka buta kepada tarikan $$$. Malahan, aku juga pernah menjadi mangsa kepada jurulatih McDojang ini, sehinggakan tidak dibenarkan berlatih kerana lewat membayar yuran pada ketika itu.

McDojang ini akan mungkin akan mengubah sistem yg selama ini kita berpandukan ala tradisional (martial arts) kepada sistem yg kita kenal iaitu ala sukan (martial sports). Ya, aku tidak menafikan juga bahawa kita perlu mengamalkan ala sukan dalam sistem latihan kita untuk pertandingan / kejohanan, malah melalui kejohanan ini memberi titik peningkatan kepada para pelajar kita. Walaubagaimanapun, pertandingan ataupun kejohanan hanyalah sebahagian kecil dalam sistem seni beladiri kita ini. Terdapat banyak lagi bahagian yang harus diketengahkan semasa kita mengajar dan bukanlah hanya menumpukan kepada kilauan pingat dan kebanggaan semata-mata.

Juga, McDojang ini menggemari menghasilkan ramai pemegang talipinggang hitam dalam masa yg terdekat dan pemegang talipinggang itu sendiri akan merasakan bangga pada diri mereka juga tidak lupa kepada para ibubapanya sendiri tanpa menyedari mereka telah terpesong di dalam laluan yang betul. Para ibubapa akan seronok melihat anak mereka memakai talipinggang hitam tetapi tidak menyedari bahawa kualiti anaknya tidak semegah talipinggang itu sendiri. Aku sendiri pernah mengalami dan melihat insiden itu dan aku merasa sedih atas pelajar tersebut. Kita sebagai jurulatih wajib memberi pengetahuan asas kepada ibubapa supaya mereka faham dan tidaklah mengejar kepada keindahan warna kain.

Aku pernah disoal dahulu oleh ibubapa kenapa anak mereka tidak boleh pergi ke ujian talipinggang atau ke pertandingan dan jawapan aku straight forward, aku mementingkan kepada kualiti individu dan jika pelajar itu tidak dapat lagi memenuhi kualiti tersebut maka dia haruslah berlatih dengan lebih tekun lagi. Kita harus faham bahwa kualiti itu tidak hanya kepada kepandaian menendang, kepantasan menumbuk, pandai bermain dalam sparring, pattern yang bagus, ini semua hanyalah sebahagian dari kualiti. Kualiti juga bermaksud dari segi disiplin, sikap rendah diri, hormat-menghormati, asas kefahaman dalam seni itu sendiri i.e ;

1. Dalam aspek self defense - wrist manipulation, breakfall, human anatomy dll.
2. Dalam aspek asas kefahaman pattern,

dan banyak lagi, ‘tenets’ itu sudah cukup untuk seseorang itu memahami konteks kualiti yang dicari.

Apa yang membuatkan ‘more ridiculous’ apabila yuran pembelajaran itu mengikut kepada talipinggang seseorang individu tersebut dan sekali lagi ibubapa secara membuta membayar tanpa mengetahui hakikat.

Kini, “martial sports” selalu dipraktikkan oleh jurulatih2 McDojang. Malahan, di sistem pentadbiran pendidikan juga telah mementingkan ‘martial sports’ dan aku pasti mereka tidak berpengetahuan dalam perkara ini dan menurut intrepetasi polisi, dan ada juga hanyalah mengejar kepada kemasyuran. Jika kita perhatikan, ‘martial sports’ ini mudah untuk dipelajari dan mengambil masa yang tidak lama untuk memahirinya. Cuma yang pasti, intipati yang sebenarnya tidak diselami dan konteks sebenar seni itu musnah, tenggelam sama sekali.

Aku ingin menarik perhatian sesiapa sahaja yang sudah membaca ‘entry’ ini ; apakah sebenarnya nawaitu anda dalam apa jua seni beladiri yang anda pelajari?

Wednesday, February 25, 2009

Timing Oh Timing.. .. .. .. Always Off Set

Hari ini aku ada “interactive demo” untuk kelas TKD baru aku di Putra Heights. Aku dah survey tempat tue, insyaallah aku akan marketkan TKD di semua branches dia area Selangor dan KL. Cuma jauh jugaklah, tp takperlah.. .. ..

Cuma budak2 yg nak join nie nanti semuanya budak2 kecik. Lg pun aku seronok mengajar budak2 kecik nie, senang nak lentur dan senang dengar ckp. Kalau budak2 besar nie kadang2 ada masanya ‘begik’ jugak.

So, travel time tue dalam 30 mins. Aku tgh tunggu asst. aku kat tol Sg. Buloh. Janji pd jam 10.00pg. Aku seperti biasa memang punctual, 10 mins before aku dah tercogok kat situ. Tunggu punya tunggu 10.45pg baru dia sampai. Demo pd pukul 11pg. Giler aper!

Apa lg aku drive mcm pelesit nak kejar masa. Aku rasalah kalau keter aku tue tak buat mounting enjin baru2 nie, enjin dah pergi ke depan dulu tinggal body keter jer kat jalan. Dalam hati tue aku membara lah jugak, nak tegur dah besar. Tapi harap faham2lah. Susah aku nak ckp.

Aku sampai tempat tue jam 11.09pg. Aku dah demotivated, mesti sure kena nie dgn principal. Fuh! Luckily dia takder, so hati aku sejukla jugak dan bolehlah aku focus outline aku pd demo tue. Anyway, terima kasih aku kerana dpt dtg bantu aku untuk demo nie. Terima Kasih Daun Keladi..

So, end of the demo, aku harap dptlah reasonable crowd utk kelas tue nanti. Sebenarnya apa aku nak citer kat sini.. .. .. .. tolonglah punctual!!!!!

If you are not a punctual person, you can keep it that way but at least appreciate and respect to a person who appreciate punctuality.

Tuesday, February 24, 2009

"Sir Duduk Kat Kerusi Tue"

Ankle aku masih lg sakit.. .. nak ajar kelas camana? Susah jugak sebab takde org nak replace aku buat sementara waktu. Nak ke tak nak, terpaksa juga aku redah pergi mengajar malam tadi.

Sampai kat kelas aku, nothing to expectlaaa, dewan budak2 tue bukakan, budak2 tue sapu bersihkan dewan, susun meja2.. .. .. teringat semasa zaman aku muda2 dulu ; instructor dtg mengajar jer, yg lain students yg buatkan.. ..

Aku bgtau students aku ankle aku injured dan takleh nak ligat mengajar seperti sebelum nie. Budak2 tue kater aper “Sir duduk kat kerusi tue, kitaorang warm up sendiri, nanti sir cakap jer tak perlu tunjuk, kitaorang akan buat” Sejuk hati aku malam tue.

Aku nak ajar beberapa skil sparring utk pertandingan yg semakin hampir nanti.So,diorang berlatih sungguh2 malam tue, yelar, kalau boleh diorang nak menang. Aku tak kisah sgt, lgpun ini akan menjadi kali pertama diorang masuk ke pertandingan. Aku x expect aper2 dari diorang cumer.. .. .. bila diaorang free sparring nanti kalau aku x puas hati, keluar “air mata jantan” laa diorang jawabnya.. .. ..

Walauaperpun, diorang nie sumer mengenangkan aku zaman aku sebaya mereka dulu. Bersemangat, giler sparring asyik tiap2 minggu nak sparring jer. Siap call aku lg minta bawa sparring gloves.

Sekurang2nyer, aku seronok mengajar mereka dan aku menghargai minat mereka dalam seni TKD ini.

Monday, February 23, 2009

My Ankle Dislocated

Mcm mana boleh jadi nie? Hmm, nieler nak berceriter.. .. .. Tgh2 dok training kat TTA under program baru Master Yeow, aku terseliuh ankle aku. Fuh! Sakitnya tak terkata, aku ingatkan ankle aku patah. Selamat ada Eric, dia rushed belikan ice utk aku buat compression.

After 30 mins compression, ankle aku still sakit, nak pijak pun x leh. Eric offered nak tlg hantarkan aku pergi ke nearest clinic utk check-up. Master Yeow pulak mintak aku ikut dia jumpa sensei cina nie kat SS17. Katanya tak sakit. Nak kater aper? Ikut jerlaa.. .. .. Berpegang pd tongkat aku turun tangga, naik keter Eric terus ke sana.

Sampai ajer, aku org ke-5. Ada org tgh buat bekam ala style cina, aku perhatikan jer.. .. .. Sampai turn aku, sensei nie tanya aku (dlm bahasa cina), he he he, nak tergelak jap aku.. .. Master Yeow explainedla kat sensei nie….then dia ckp melayu dgn aku. “Mana sakit?”, sambil dia picit2 area ankle aku.

“Tahan sikit aaa” ckp sensei tue. .. .belum sempat aku kata “ok”, dia putaq2 ankle aku mcm kepak ayam!!! Meletup2 bunyi aku dengar tp sakitnya nak buat aku melompat dari kerusi tue! Lepas tue dia sapu ubat dia, bandaged aknle aku, then dia kata, ankle aku dislocated.3 hari aku takleh bukak bandage, takleh kena air, makan kena pantang.

Habis selesai, aku keluar boleh jalan tp limpinglah.. .. .. Skrg nie beransur pulih.. .. Fyi, tempat mat yng aku twisted ankle aku tue sama tempat dengan Kenneth sprained sebelum nie. Kenneth courtesy called aku, tanya aku bagaimana. Dia dgn Master Yeow nak tgk mat tue balik kalau mat tue ada defect, takut org lain lak yg kena senasib. Aku kata kat dia, “Your bad luck had fallen to me”.

Anyway, aku kira bernasib baik. Kalau aku gie konvensional medical, ankle aku kena cast, rehat 3 bulan, ambil ubat pain killer dan physiotherapy lak lepas tue. Mau2 makan dalam 6-8 bulan. Huh, tak sanggup aku.. .. .. Cuma skrg nie kenalah aku slow2, future training kenaler pakai ankle guard.

*Ini kecederaan dislocate aku yg ke lima untuk dalam penglibatan aku dlm TKD. Sebelum injury nie, left thumb aku dislocated semasa Seminar Shoinji Kempo tp aku sendiri yg popped in balik.

Wednesday, February 18, 2009

Sekolah oh Sekolah?!

Sejak aku buka kelas TKD JKKK, ada yang bertanya “Kenapa tak ajar kat sekolah tue?” Pertanyaan nie bukan sahaja dari mulut parents TKD aku nie malah dari entah siapa yg dropped by bertanya.

Aku bukan tak kenal Guru Besar sekolah tue, alaaa, depan rumah mak mertua aku tue jer.. .. Tapi aku borak2 camtue, tak bukak citer yg aku mengajar TKD. Sekolah tue mmg dah ada TKD, rasanyapun korang pun boleh teka jurus mana yg mengajar.. .. ..

Persoalannya sekarang dalam kepala aku nie.. .. nak approach atau tidak? Dulu aku pernah terniat nak approach tp tue tahun lepas ler.. .. Selepas mendengar keluhan dan pendirian daripada parents2 dan entah siapa ntah, aku terasa membakar semangat aku untuk pergi propose.

Tp, bukan ker dah terlewat utk approach? Biasanya org approach pada nak akhir2 tahun untuk kelas tahun berikutnya.. … ..

Apa pendapat anda?

*p/s :
Selepas aku membaca entry Ayasu "Kuro-Obi" (http://gohek.blogspot.com/2009/02/bapa-cakna-tkd.html), ini pendapat aku:-

Cumanya akan bercanggah dengan prinsip "tidak ganggu" Tkd lain. Tetapikan, jurus tue mengganggu boleh le pula, cuma atas berlandaskan prinsip kita, kita tidak counter. Kita tahu jurus tue lebih focus kpd $$$. Sesekali terasa jugak nak 'mengajar' mereka.

Link lebih lanjut mengenai jurusan itu : http://admtkd.blogspot.com/2008/04/wtf-class-or-its-just-for-sake-of.html

Rezeki Jgn Ditolak.. .. ..

Hari Jumaat lepas, AJK JKKK ada dtg berjumpa dengan aku selepas aku habis kelas TKD. Dia tanya ada berapa students, berapa kali seminggu.. .. .. aku pelik gak sebab selama nie yg aku bagitau, dia lupa ker? Rupanya ada permintaan disebalik semua pertanyaan2 tue.

Katanya dia nak buat satu kelas, tp ideanya masih lg blur lah. Aku tanya kelas camana tue sebab tgk muka dia pun mcm xde idea. Aku cakap setakat demo tue free jer, aku x charge lainlah kalau mcm seminar atau kursus dan kelas TKD untuk dewasa. Barulah dia faham sikit.

Aku ckp kalau nak buat seminar, kursus atau demo kena inform aku awal2 sebab aku nak buat preparation. Jgn last2 minute, aku tak nak jadi bidan terjun.

Mungkin rezeki aku malam tue kot, rezeki berbuah dua kali. Selepas jer AJK tue balik, aku terima kunjungan dari pakcik nie, minta buka Dojang kat apartment dia. Takde minta lulus2, terus prepare flyers / posters dia nak tampal kat dewan serbaguna dia. Aku mana boleh kata TAK BOLEH.

Insyaallah, kelas baru aku tue akan bermula pada bulan Mac nie nanti. Cadangnya pada hari Ahad malam. He he he, dan lagi satukan, aku dapat dua orang students baru malam tue.

Rezeki yg tidak diduga.. .. .. Al-hamdulillah!

Tuesday, February 10, 2009

Malam Yg Sesak.. ..

Malam semalam aku stuck on the road almost 1 jam lebih. Aku suspected salah satu causenya Thaipusam dan lg satu di Selayang Baru few traffic lights broke down. Kelas TKD aku kat kat Kepong entah camana.. .. aku called depa tp tak berangkat, aku still x bergerak.

Aku nak prepare depa semua tue utk tournament. Tp, malangnya hasrat aku x kesampaian. Mungkin niat aku dikabulkan kot? Aku ada terniat nak membatalkan kelas aku sebab aku baru balik dari Parit 5, Perak, lawat saudara side wife aku. Dalam kaplo otak aku tue ada 2-3 rancangan nak menyinggah rakan2 di Kg. Bahagia, pastu nak singgah Tg. Malim, jumpa Iwan (TKD Tg. Malim) claim duit rayo anak aku (he he he) Ceh x malu sunggoh!

Semuanya x berkesempatan sebabnya aku terlepas mulut dengan parent nie, dia dah called aku Tanya ada kelas ke tak, aku cepat kata ADA! Hmm, kena terimaler.. .. .. Idea nak tangkap udang galah dgn abg joe pun terpaksa dibatalkan.. .. ..

Tepat jam 9.15 malam aku masih kat jalan raya. Hmm, x boleh jadi, perut pun dah lapor…. .. U-Turn balik masuk balik Slyg Baru, lepak makan nasi lemak corner 45 dgn anak saudara aku.

Masa aku on the way dari Perak, aku masuk exit Bukit Beruntung, aku nak tengok Dojang si Nordin. Jumpa jugak lah aku tgk, tp aku tak inform Nordin yg aku kat Bukit Beruntung. Iyelar aku dengan mak abah mertua aku, anak aku lg dalam kereta.. .. .. Lg pun aku mmg niat nak dtg ke Dojang dia, Nordin dah jemput, kenalah dtg.. .. .. lgpun lg, nak dtg kenalah ada pada gayanya, bawa dubok dan apa2 yg patut.

Insyallah, tepat pd masanya aku kan muncul jua.. .. .. Master Yeow sms aku, knp x dtg kelas, aku kata aku outstation, dia kata ada demo pd Ahad nie. So dia minta aku standby ler.. .. aku ok jer kalau aku takder apa2 event la.

Aku terima invitation dari Ustaz Mansur ttg tour’ dia kat Penang. Insyaallah, aku tgh tanya budak2 aku saper yg nak pergi. Lg pun, 3 tournaments dekat antara satu sama lain. Din lg lah terlampau dekat dengan TTA.

Aku selagi boleh akan support.. .. .. .. kalau dengan crowd yg berbaloi. Tak pun aku jer sorang yg turun support pakai uniform dgn red belt masuk event (he he he, cheh perasaan muda lg). **Aku dengar PTWKL buat Best of the Best 2009, tp tak terima invitation dari mereka.. .. .. Hmm.. .. ..

Tuesday, February 3, 2009

Soalan Cepu'K' Emas

Pd kelas tkd aku malam td.. .. .. aku terima satu soalan yg membingitkan telinga aku. Cis! Dalam hati aku terbakar dengar soalan tue.

Aku dapat student baru (W**), budak remaja lelaki, badan pun boleh tahan tegap. Dia tanya aku nak join kelas tkd boleh tak, aku kata ok, masukler try dulu.. .. .. aku pun pakai dubok aku.. .. tengah2 warming up, dia tanya “Sir, Sir nie memang betul black belt ker?” Terkejut dengan soalan dia, tp aku tak answer soalan dia sebab students aku yg lain tolong jawabkan… .. dalam hati aku membara dengar soalan cepu emas tu.. .. ..

Sepatutnya malam tue aku nak buat free sparring dgn budak2 tue tp sebab soalan tue punya pasal, aku shift ke self defense. Bg students aku yg lain, diorang memang dah biasa “kena dua tiga das” self defense dgn aku, aku partner dengan budak baru ler tue.. .. .. tp semua self defense techqnues aku bagi intermediate pain intro punyer kat dia, tak kira ler wrist lock, submission, arm lock, arm bar, leg bar, sesampai dia menitiskan airmata jantan. Ini kire jawapan aku kat dia.

Apa dia ingat aku beli ker talipinggang hitam tue?
Tpkan dia kata balik, instructor W** dier tak ajar dia benda2 camnie & dia enjoy! Pulak dah ?!@#@

“Welcome to my club!!” kata aku.

Pertandingan Bayi Comel Sempena Hari Wilayah 2009














Monday, February 2, 2009

My Sis' Removing Tumor Operation








Scary though? Huh, me too. This one is as size as NBA basket ball. Weight of 8.++kg (I forgot the ++), 10" x 11".
This is her before operation (left one), looks like she is pregnant but actually not at all.



May she recover well and soonest. Amin.. .. ..