Wednesday, October 24, 2007

Kenangan di Penang, 2001


Hari tue aku balik rumah org tua aku kat Klang. Masuk2 bilik aku, aku terpandang susunan album gambar atas almari aku. Aku belek2 tengok, tersenyum aku kejap terkenang balik kenangan masa lampau.

Dalam banyak album tu, aku ambil gambar2 nie dulu lah yer. Kalau ikutkan hati nak sajer aku ambil semua album aku tue dan scan semua. Tak ker itu kerja giler namanya…lainler kalau aku ada masa boleh lah aku scan semua gambar tu. Gambar2 nie kenangan aku semasa compete di National Tournament Penang pd tahun 2001.

That year KL sepatutnya menghantar satu team penuh tp pd masa tue ada misunderstanding antara AJK2nya, so berpecah team KL tu. Yg maintain masuk team KL pada masa tue, aku, Khairul, Kogula, Sathia, Kok Leong, Schlonawati, Adibah dan Simon Ng dan Rajen. Yg team lagi satu tu joined Selangor : Johnson, Law, Loo, Ting and siapa lagi ntah aku susah nak ingat nama mereka2 tue.

Pada aku, tournament tu agak kecewa sebab tak dapat hantar full dan pulak tu kena bayar full lagi. Lgpun, pada masa itu KL memang famous dengan masalah financial mereka. Aku terpaksa mencari sponsor untuk biayai accommodation aku kat sana, Al-hamdulillah aku dapat, cuma skrg nie jer financial KL gradually becoming to sustain. Sampai di sana dalam petang , terus masuk hotel (nominated for the event) untuk weighing event. Inilah tahun yg pertama kalau x silap aku, x boleh jump to higher category. Problem juga pada masa tu sebab team KL ada yg terpaksa jump higher category (sebab sama berat). Akibatnya, terpaksa kawan aku nie pull off dari individual sparring walaupun telah meminum 3 botol besar mineral semata2 hendak menaikkan berat badannya. Tak perluler aku sebut nama dia, kesian kat dia. Kelakar sunggoh tgk dia pada masa tue.

Semasa weighing event went on, aku jumpa team Johor, Mohan. Dah lama aku tak jumpa dia. Dia weighing dengan pakai seluar boxer jer, takder baju. Tak silap aku dia tgh main lightweight. Tpkan, itulah kali terakhir aku jumpa dia dan Team Johor. Selepas tue, aku tak nampak lagi sampai skrg. Ada yg aku dengar dah beranak pinak.

Malam tue dinner, tempatnya aku tak ingat kat mana.. .. .. yg tak disangkakan tu, GM Park Jung Tae turun padang berjumpa dengan setiap insan yang hadir dalam dinner tu. So, aku mengambil kesempatan untuk bergambar dengan beliau. Inilah kali pertama aku berjumpa face to face dengan GM Park Jung Tae. Aku duk sekali dengan budak TKD Kelantan (Pertak), Syed Mazran. Itulah jugak last sekali aku jumpa dia. Skrg nie entah M.I.A kot.

Hari esoknya, semasa opening ceremony, pada masa inilah pattern GTF terbaru diperkenalkan oleh budak world champion pattern dari TKD Pahang, siapa nama dia aku x ingat. Dia performed pattern Jook Am yg aku tengok pada masa tue, panjang giler x ingat. Selepas tue, Senior Instructor performed satu lagi pattern GTF baru, Jee Goo. Tahun inilah pattern2 GTF baru diperkenalkan :- New Dhan Gun (Yellow Belt), Jee Goo (1st), Ko Dang (2nd), Jook Am (2nd), Sung Dok (3rd) dan Phung Hwa (4th). Semasa ucapan GM Park, beliau telah promoted Master Sabree (pd masa itu) sebagai GM Sabree yg skrg kita kenali. Aku boleh ingat lagi face expression GM Sabree bila dengar announcement tue drpd GM Park.

Dalam tournament nie, kali pertama dianjurkan Couple Pattern dan sekarang nie hanya National shj yg buat, kalau open tour’, x buat mungkin sebab kos. Hanya Legends shj yg buat x silap aku itupun sekali shj... Tp ini apa yg aku tgk di KL dan Selangor area shj. Kalau area Utara tu aku x sure. Okay, result tournament nie Team KL semuanya ‘bungkus nasi lemak’.. .. he he he.. .. apa boleh buat, dah cuba yg terbaik. Aku masa tue main event Individu Pattern dan Special Technique-360° Jumping Reverse Hooking Kick. Yg menang event special technique tue budak penang. Size budak tu kecil mcm aku cuma dia ada kelebihan dari segi take offnya yg tinggi. Aku mmg teringin sesangat nak tengok special technique iaitu power breaking. Dah lama aku x tengok event nie. Mungkin salah satu sbb dia adalah kos papan yg menjadi killing factor.

Tournament tue jugak membawa team khas dari Uzbekistan utk friendly match dengan Team Malaysia. Malangnya, aku tak snap picture semasa mereka tgh sparring dan performed pattern. Orangnya mmg saiz besar2. Kalau sparring tue, aku tengok mereka mmg gemar buat jump and punch face tp yg unik ttg teknik mereka nie, even you tgh kicking ataupun mereka tgh avoiding, they can jump and still can punch you on the face. Yg aku pernah tgk pakai teknik nie dari Norway dan yg nielah, Uzbek.

Aku ingat pada masa tu Sathia tgh ‘jambu’. Maksudnya dalam preparation nak kahwin. Tahun tue jugak dia kahwin. Yg lain, x sempat enjoy the Penang scene sebab x silap aku pd masa tu Simon ada program pada hari esoknya. So, semua berangkat pulang x sempat nak berjalan di sana. Tambah pulak tu, tournament tu dibuat pada akhir tahun 2001. Malang jugak lagi tak dpt menyambut tahun baru di sana. Lagi malangnya kereta Sathia (Wira) bunga tayarnya koyak semasa on the way balik ke KL. Dia tgh drive 120km/h time tu. Aku pulak duk belakang seat. So bila bunga tayar tu koyak, takut aku dikerjakan kat belakang. Terhoyong-hayang kiri ke kanan dari left lane ke right lane. Selamat tak hit kereta lain ataupun hit divider jalan paling teruk pun overturned. Kereta Sathia: bumper tercabut, tayar cantik jer takder bunga, botak tgh2 tu. Changed spare tyre, move back to KL, dan selamat sampai.

Aku boleh katakan sepanjang tournament yg best sekali aku pernah joined satunya di sini dan satu lagi di Kuantan Pahang pada tahun 1998. Insya-Allah nanti aku scan dan share pulak experiences aku di National Tournament di Terengganu-tournament yg menggamit huru-hara.

- The End -

No comments: