Thursday, September 20, 2007

Proton Waja aku kena CURI

Sabtu, 15hb Sept. 2007

Pagi, pukul 10.00 pagi, aku bangun nak hantar orang rumah aku pergi kerja.. .. .. cari2 kereta aku kat car park, takde.. .. .. mana aku park nie.. .. that day aku mmg demam dari hari Jumaat tu lagi.. .. cari punya cari kereta tu tak jumpa.. .. .Dah pulak?!?!?!? Kereta kena curi.. .. So aku terpaksalah kena buat police report that day.. .. .. dari pagi sampai ke petang.

Sambil2 tu aku sms semua kawan2 aku ttg kereta tu.. .. manalah tahu mereka ternampak kereta tu dimana2 ker.. .. tapi aku tak expect utk jumpa kereta tu balik. Biasalah once org dah curi kereta, sekejap jer mereka dah barai kereta tu utk ambil spare part dia dan jual. Tapi aku amat terkilan jugak sebab sayang aku kat kereta tu... .... ..hu hu hu hu (sedih).. .. ..

Pagi Isnin tu aku buat Insurance report, apa yang aku tahu insurance hanya akan bayar 80% dari jumlah sum insured atau market value, entah aku pun tak tahu.. .. .. inilah first time aku hilang kereta. Hari Sabtu petang tu aku pakai semula kereta lama aku, selamat ada kereta lama aku tu, kalau x, patah kaki dikerjakan.

Semasa aku buat police report tu, Sarjan yang aku jumpa tu mmg x tahu aku nak cakap apa.. .. .. aku tgk dia mcm takde semangat langsung.. .. .. muka tak sudah.. ... Hmm, habihler aku, bulan puasa lak nie.. .. dugaan yg mmg menduga kesabaran aku.. ... ..

Dalam kereta tu aadalah organizer aku, important files, beg tkd aku yg dalamnya ada uniform, belt, resit book, pastu smart tag, kunci office, thumb drvie aku, cd Too Phat aku....cd Innuendo aku.. .. . .arghhhhhhhhh!!!!!!!! Aku harap satu keturunan org yang buat kerja haram tu dapat bala di dunia nie.. .. ..

By the way, anyone IF see this car : Proton Waja WJG 5999, please let me know.. .. .. or BELASAH that crap on the spot! I really wanted to do that.

No comments: