Thursday, September 27, 2007

National Tournament 2007

Aku tgh fikir utk National nanti bulan Disember nie di N9. Skrg masalah yg akuhadapi kat sini (KL) sebab KL x boleh participate. Actually bukan KL sahaja, malahan Pahang, Selangor, Perak dan Penang. Lima2 states nie actually on PGTF side (Pan Malaysia Global Taekwon-Do Federation).

Link : http://www.pgtf-taekwondo.com/ Link : http://www.mgtf.org.my/

So, since KL salah satu daripadanya, maka KL tak boleh participate MGTF punya tournament ataupun di bawah pengurusannya. Aku malas sebenarnya dengan isu politik PGTF dan MGTF nie. Aku jenis yg suka sports without the influence of politic walaupun aku tahu without politic, any kind of sports can't grow further BUT because of politic also THAT ruins the WHOLE structure. Sebab pernah jadi isu dulu KL tak boleh participate Rakan Wajadiri punya tournament gara2 tak affliate dengan MGTF. Last2, Rakan Wajadiri cancelled. So, mana organizers yg anjur tournament tak kiraler dari PGTF ke, MGTF ke, ITFM ke, WTF ke, aku pukul semua rata. Maknanya, aku nie jenis yg minat masuk tournament. Lgpun, tournamentlah yg mana aku boleh ukur baju badan dengan org lain.. .. he he he.. .. .. ..

So, berbalik dengan cerita td, aku cadang nak join Din untuk participate. After 'im' dengan dia, dia pun ada cadangan nak alliance dengan KUTPM dan UiTM dengan akademi dia. Bagi aku, oklah tu. Lgpun, the more the merrier will be. So, aku skrg nie tgh cari team aku yg dah berkarat sebab dah lama tak main tournament. Nak balik training la citernye nie.

Aku nanti tunggu dari Din bila dia nak buat selection nanti. Hope before it, we are all prepared. Last sekali aku main untuk National tahun 2003 di Terengganu. Lepas tu aku tak dapat compete sebab Persatuan KL takde budget. So, sekitar tahun lepas tu, aku main open jer ler.. .. .. Tp tak syok jugak, sebab dah lama tak main National.

Aku harap2 Master Yeow tak call aku untuk join team under dia. Tp, tengokler dulu camana.. .. .. aku tak kisah pun, janji boleh participate dan enjoy the whole event. Kali nie National kat N9, so, aku cadang nak keluar makan dgn budak N9 nanti. Team N9 mmg rapat dgn aku, pernah National dulu keluar supper dengan mereka. Anyway, pucuk pangkalnya aku mmg look forward nak join tournament nie. Mati kutu aku tak pergi tournament selepas Master Yeow punya.

Tuesday, September 25, 2007

Ramadhan, Aku Akur PdMU.. ...


Ada seketika, aku rasa macam aku tak boleh nak move forward.. .. .. spiritual down. Lgpun, semua manusia akan merasa perasaan begitu dalam hidup mereka. Tp, dalam bulan Ramadhan nie, Tuhan benar2 menguji aku dalam meneruskan kehidupan aku.

Dalam banyak2 perkara yg aku lakukan, aku takde feeling macam eager nak buat. Aku buat sekadar siap sajer. Itu bukan sifat aku, kalau ikutkan aku nie workaholic punya org. Entahlah, mungkin aku terlupa pada Dia yang Maha Esa. Sekelip mata Dia turunkan sekias rintangan seringan habuk untuk menduga hambanya ini.

Aku berkata dalam hati aku : “Ya Tuhan, kali ini benar2 Engkau telah menurunkan kesusahan dalam hidup aku terutama dalam bulan mulia ini. Aku redha dan terima kesesuhan ini. Aku akan tetap berusaha walau apa kesusahan yang Engkau turunkan untuk menduga aku.. .. ..”

Tapi jauh di sudut hati aku, perasaan sedih tetap ada mengisi hati aku nie. Aku tak dapat meraikan Ramadhan sepertimana yg aku inginkan ia. Takpelah, aku percaya atas semua kesusahan yg aku lalui ini ada HIKMAHnya yang Dia akan berikan.. .. .. Percaya.. .. atas segala kesusahan ada keindahannya yang tersembunyi… .. cuma masanya menjadi pernantian.. .. ..

Ramadhan yg Penuh Dgn Dugaan.. ..


Bulan puasa tahun nie x beberapa menggembirakan utk aku. Iyelaaa, macam2 kejadian telah berlaku betul2 menduga kesabaran aku. Pertama dengan hilang kereta aku, time tu pulak aku mmg kena viral fever. Ended up fever aku berlanjutan selama seminggu tpkan aku masih lagi meneruskan kerja aku, puasa aku dan rutin aku setiap hari.

Aku baik jer dari demam, org rumah aku pulak kena demam. Sama sebijik mcm aku. Cuma bezanyakan, org rumah aku nie jenis yg lemah sedikit. So that fever really beat her up so badly. Sampai admitted ke hospital. Boleh kira demam aku dgn dia, dia lagi teruk sesangat. Blood test dia decreasing every single day. Urine test dia ada darah, BP low, WBC low, pallet low, arghh, aku kata mmg fever tu really2 make her suffer.

Mana tak nyakan, viral fever tu pagi dan petang ok, malam jer dia buat hal. Bini aku sakit perut more painful than gastrik, muntah2, cirit birit. One day tu, dia munta sekali dgn darah but with small amount. Aku suspect mesti dah ulcer dalam perut dia nie, mmg betul pun. Bila malam jer, org rumah aku macam kera kena belacan = ke sana ke sini, terkinja2 sebab tak tahan sakit. After a careful discussion dgn doktor tu, doctor tu beri satu ubat untuk reduce acid level dalam perut dia. Dulu bagi ubat gastrik jer.. .. .and ubat tu really works! Al-hamdulillah, dah dua malam dia tak macam kera kena belacan. Dan dia dapat tidur dgn nyenyak sekali setelah 4 malam tak tidur termasuk aku sekali yg terpaksa tidur2 ayam.. .. ..

Right now, she is recovering especially from her stomach gastrik. Syukur Al-hamdulillah. Mana org yg tak sanggup tgk org rumahnya melompat2, menangis2, tertonggeng2 kesakitan. Pagi td pun, she still sleeping like a baby.. .. .. lega hati aku melihat. Hope for her to recover very soon.

Doktor ckp dgn aku, kalau gastrik, JGN beri dia minum air panas mcm Milo ker, SUSU elak sekali, TEH dan KOPI diharamkan sebab ada asid. Bagi dia minum air kosong sejuk utk reduce the pain especially bila dah ulcer. Aku bukannya tahu sgt but I learned something during it.

- The End -

Thursday, September 20, 2007

Proton Waja aku kena CURI

Sabtu, 15hb Sept. 2007

Pagi, pukul 10.00 pagi, aku bangun nak hantar orang rumah aku pergi kerja.. .. .. cari2 kereta aku kat car park, takde.. .. .. mana aku park nie.. .. that day aku mmg demam dari hari Jumaat tu lagi.. .. cari punya cari kereta tu tak jumpa.. .. .Dah pulak?!?!?!? Kereta kena curi.. .. So aku terpaksalah kena buat police report that day.. .. .. dari pagi sampai ke petang.

Sambil2 tu aku sms semua kawan2 aku ttg kereta tu.. .. manalah tahu mereka ternampak kereta tu dimana2 ker.. .. tapi aku tak expect utk jumpa kereta tu balik. Biasalah once org dah curi kereta, sekejap jer mereka dah barai kereta tu utk ambil spare part dia dan jual. Tapi aku amat terkilan jugak sebab sayang aku kat kereta tu... .... ..hu hu hu hu (sedih).. .. ..

Pagi Isnin tu aku buat Insurance report, apa yang aku tahu insurance hanya akan bayar 80% dari jumlah sum insured atau market value, entah aku pun tak tahu.. .. .. inilah first time aku hilang kereta. Hari Sabtu petang tu aku pakai semula kereta lama aku, selamat ada kereta lama aku tu, kalau x, patah kaki dikerjakan.

Semasa aku buat police report tu, Sarjan yang aku jumpa tu mmg x tahu aku nak cakap apa.. .. .. aku tgk dia mcm takde semangat langsung.. .. .. muka tak sudah.. ... Hmm, habihler aku, bulan puasa lak nie.. .. dugaan yg mmg menduga kesabaran aku.. ... ..

Dalam kereta tu aadalah organizer aku, important files, beg tkd aku yg dalamnya ada uniform, belt, resit book, pastu smart tag, kunci office, thumb drvie aku, cd Too Phat aku....cd Innuendo aku.. .. . .arghhhhhhhhh!!!!!!!! Aku harap satu keturunan org yang buat kerja haram tu dapat bala di dunia nie.. .. ..

By the way, anyone IF see this car : Proton Waja WJG 5999, please let me know.. .. .. or BELASAH that crap on the spot! I really wanted to do that.

Menuju Ke Pesuruhjaya Sukan Malaysia

14hb Sept 2007, pagi.. .. aku menuju ke Bukit Jalil untuk berjumpa dengan Pn. Rozana ttg MTCA. Kalau nak tahu apa tu MTCA, begini, aku dapat info yg mana2 kelab atau akademi yg ingin berdaftar hendaklah melalui MTCA (Malaysia Taekwondo Club & Academy) under supervision of WTF. So saja gatal2 la nie nak cari pasal kat sana.. .. ..

Sampai kat sana, aku pun buka cerita kat kaunter receptionist tu.. .. nak daftar kelab tkd baru under GTF. "Minta maaf En, skrg nie semua kena daftar under WTF. GTF telah de-register".. .. .. Aku tersungging kat situ kjp... .. Mmg makcik nie nak kena dgn aku.. .. .. "Betul ke Cik?, kalau betul de-register, knp saya tak dimaklumkan? Benda2 nie jgn bawa main2, boleh jadi isu besar nie! Kalau betul, boleh tunjukkan saya surat pekelilingnya?"

Minah tu dah blur kjp.. .. "Aku : Beginilah.. .. .. saya tahu isu TKD nie skrg tgh sensitif, boleh saya ckp dgn Pn. Rozana? Dia lagi tahu ttg hal2 sebegini rupa.. .." Aku pun duduk kejap... .. Tak sampai 2 minit aku dipanggil masuk untuk berjumpa dgn orang lain. "Cheh, knp aku kena jumpa dgn org lain lak nie?" Sampai jer.. .. aku tgk kat pintu tu jap.. .. .. En. Zahrin bin Romli, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Sukan Malaysia. "Alamak?!, tuler, mulut cabul aku tu dah bawa aku kat sini.. "

"Apa khabar Sahabat?" salam En. Zahrin kat aku.. .. .. "Mari kita duduk kat sofa empuk tu baru sedap berborak2" pelawa En. Zahrin.. .. "Apa hajat sahabat ingin bertanya tg isu Tkd?" Aku suprised jugak sbb he is really soft spoken person. So, aku pun tanyala soalan ttg MTCA tu.. .. Ok, begini kata En. Zahrin :

“Sejak Menteri tarik balik MTA, kedudukan MTF skrg tidak kukuh lagi kerana disebabkan isu pengiktirafan dari Korea yang hanya mengiktiraf MTA dan bukan MTF. MTA pula sekarang sedang mencari semula tapak untuk menjadikan mereka kuat seperti dulu semula. Apabila MTF ditubuhkan, kami (Pesuruhjaya Sukan) memberi sokongan supaya MTF dapat bertapak dan kukuh sebagai Governing Body. Sokongan in adalah daripada MTCA yang mana hanya separuh MTCA yang menyokong MTF. Soalan yang sahabat tanya tadi berkenaan pendaftaran kelab, buat masa sekarang ini tiada surat yang menyatakan pendaftaran kelab mana2 disiplin Tkd hendaklah melalui MTCA tetapi surat cadangan telah dikeluarkan dan saya telah melihat surat itu dan buat masa ini, tiada lagi apa2 keputusan yang telah dibuat.”

Aku pulak nak tanya, “En. Zahrin, kalau begitu, saya faham. Aku mengambil kesempatan yg ada dgn tanya satu soalan lagi En, Zahrin, saya dari disiplin TKD GTF, sepanjang pengalaman saya mengajar TKD lebih2 lagi di sekolah, beberapa isu yg saya hadapi dan tidak boleh menjawab isu tersebut. Knp TKD GTF dan ITF tidak dapat bertanding dalam sukan SUKMA, MSSD dan MSSM yang hanya WTF sahaja memonopolinya? Kami ada sukan malah di peringkat international tetapi tidak mendapat bantuan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan. Yang hanya kami mendapat bantuan ialah di Sukan Rakan Muda Rakan Wajadiri sahaja”


Kata En. Zahrin, “Begini, dahulunya disebabkan kes WTF menyaman pihak kami dan pihak kami yg ketika itu dalam keadaan pressure memaksa kami membuat satu surat pekeliling yg menyatakan hanya WTF diiktiraf untuk mengajar di sekolah-sekolah dan mengambil bahagian dalam sukan yang dianjurkan oleh Kementerian dan surat itu telah diserahkan kepada semua Pejabat Pedidikan Daerah dan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM). Kami telah terlepas pandang kepada disiplin yang lain ketika itu ialah ITF. Oleh yang demikian, Tan Sri tiada di sini, beliau di Melbourne, saya menunggu kepulangan beliau untuk menyeleseaikan isu MTA ini dahulu dan insyaallah perkara ini juga akan dibawa ke tengah oleh Tan Sri sendiri nanti.

“Terlepas Pandang?!” Hmmm, boleh ke aku terima kenyataan tu? Ttp, kalau ikutkan pengetahuan aku, susah aku nak penetrate sekolah jika hendak membuka kelas Tkd di sana. Isu2 iniler yg aku kena menjawab dulu .. .. .. Aku teringin juga nak forward soalan ini ke John Mohd, tgk caman response dia.. .. tpkan, most of the time, aku tak puas hati dgn explanation dia.. .. .. hanya words sahaja. No action to be taken. Kalau tanya si Yeow tu, lagi ler dia membebel panjang lebar akhirnya aku yang terkankang sorang2 jugak.

Tapikan, aku punya niat nak bertanya ttg MTCA jer.. .. .. so aku dah dapat explanation dari dia. Tentang Sukma dan bla bla bla tu, biarlah John Mohd yang settle dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Tapi aku akan forward soalan itu nanti jika aku ada kesempatan yang amat baik. Buat skrg nie, aku tak heran ker MTCA, MTF, MTA, WTF, ITA, GTF, ITA, ATA atau aper ker jadah F nyer, aku ajar mengikut prinsip aku.. ...

- The End -

Tuesday, September 11, 2007

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.. .. ..


Kepada semua sahabat2ku, aku mengucapkan :
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak & Selamat Menunaikan Ibadah Puasa!
Semoga Allah memberi keberkatan dan nikmat kepada kita sepanjang di bulan yang mulia ini!
ALLAHHUAKBAR!!

Monday, September 10, 2007

Ceramah Sukan TaeKwon-Do, Asas2 Pengadilan & Sains Sukan

SUCCESSED!!!.. .. .. Gambar ini diambil dengan para pelajar Kolej Unikop yang mengambil bahagian dalam ceramah.. .. Pd mulanya tak rasa nervous lagi semasa on the way.. .. ..tgh2 naik tangga ke Exam Hall, barulah start darah gemuruhnya.. .. .. tp itu common bagi normal human being.. ..


Basically, aku memberi ceramah ttg Sukan TaeKwon-Do.. .. dan juga Asas2 Pengadilan.. .. semua pelajar lagipun White Belt.. .. so they have little knowledge about this.. .. but for starting, mereka nie agak low interest.. . .. tak alert.. .. but aku managed to make it in a entertaining speech.. .. dan juga asked volunteer to do what i requested to do.. .. gambar nie diambil dari 2 sides (kiri & kanan) hall... .. you can see more ladies than men.


Aku sepatutnya bagi notes untuk para pelajar tu.. .. tpkan, aku x sempat e-mail pd Hafizi.. .. at least diorang boleh go through notes tu dan x perlu tulis notes yg aku tulis kat whiteboard.. but on the second thought, by doing that way, they stay focus and listened of what i am talking about.. .. .. to all students, you can have that notes from Hafizi.

Semasa aku tgh bagi speech.. .. aku perasaan 2 manusia saling x tumpah.. .. .. mana tak tumpahnya kalau ke pinggan, pelanduk dua serupa.. .. managed jugak utk captured gambar dua manusia unik nie.. .. .. cuba tgk gambar bawah nie :


(Bob AF2 belajar TKD?!?!) & Sebelah Bob Tiruan tu, kembar seiras untuk Si Hafizi nie.. ..


Budak2 tu lebih banyak shot questions pd aku ttg pattern dari sparring. Iyelar, mereka semua White Belt. So nothing much they know about free sparring. But good at least b'coz they have shown their interests on it.. .. in term of free sparring, they intend to know more.. .. even though it's kinda of new knowledges, but some of them volunteered to do some 'demo' in order for them to understand.. ..

As i told before, I invited seseorang untuk Asas Sains Sukan.. .. ok, nama dia Ain, adik kpd kawan class mate aku dulu.. .. skrg nie dia tgh continue dalam fisioterapi pulak.. .. .. Aku pulak, mmg suka ttg Sports Science nie, mengambil kesempatan juga untuk mendengar ceramah dan points2 dari dia.. .. .. aku dah lama tak refresh my knowledge ttg Sport Science nie, x silap aku dari tahun 2003 ke 2004 last sekali aku attended Sports Science Course.




After all while, semua pelajar tuu nampak sleepy.. .. this is the best part.. .. .. and really entertaining.. .. aku x sangka jugak this exercise can release all 'sleepy bacterias' and re-juvenate.. .. .. and Ain told ttg koordinasi yg mana aku really2 forgotten about it. Ain also did some demo performed by them pertaining to the 'kordinasi'.. .. :-







(Gambar nie aku snapped during diorang tgh release their sleepy bacterias)





Gambar nir pulak aku snapped semasa they all tgh buat koordinasi. Mcm kenal tak dua2 orang asing tuu? he he he.. .. si Hakim tu aku ajak dia utk add knowledge dia and skills... basically aku tgh drill & form Hakim sebab dia ada potential to be a Dynamic Black Belt leader. Dynamic tu.. .. . hu hu hu




Yg awek baju biru tu.. .. haaa itu wife aku.. .. dia nak sgt tgk aku bagi ceramah camana.. .. so aku heretler dia sekali.. .. .. dua2 tu tak tahu aku dah snapped picture mereka.. .. .. ..

After all, aku satisfied dgn decision aku invited Ain to be a Speaker for Sport Science. She really has ADD VALUE during that day. Thanks Ain for coming.. .. I appreciated it!!.. .. .. haaaa.. .. aku x sangka pulak ada cenderahati pada akhir hari tu.. .. .. :





(T-Shirt Sumbangan dari Kolej Unikop)




Yg menyerahkan cenderahati pd aku ialah Klon Bob AF2.. .. tp aku x sempat nak minta someone tangkap gambar aku time tu.. .. kalau tak aku boleh sharekan.. .. Lastly, aku nak ucapkan ribuan terima kasih atas undangan Pihak Unikop untuk ceramah dan cenderahati ini.. .. aku amat menghargainya dan juga tak lupa kepada Hafizi yang personally menjemput aku, many thanks Hafizi. Aku harap dapat dijemput lagi untuk ceramah yang akan datang.. .. dan juga berharap ceramah inie sedikit sebanyak membantu pelajar TKD Kolej Unikop untuk meningkatkan kualiti mereka.




-Majulah Sukan TaeKwon-Do-

Friday, September 7, 2007

Ceramah Sukan TaeKwon-Do dan Asas2 Pengadilan

Hafizi : Sir boleh bg ceramah tak?

Ceramah? Ceramah apa pulak la kali nie? Rupanya ceramah ttg Sukan TaeKwon-Do dan Asas Pengadilan.. ..

Adam : Hmm.. … oklah, saya boleh beri ceramah. Nanti emailkan details ceramah tu kat saya.

Basically aku kena bagi ceramah ttg Sukan TaeKwon-Do dan Asas-Asas Pengadilan kpd budak2 kolej. Ceramah nie sebahagian drpd syllabus Sem. 3 explained Hafizi kat aku.. Pihak Kolej menjemput aku untuk ceramah tue.. .. jemput tu.. ..hu hu hu.

Aku buka email ttg ceramah tu.. .. baca.. ..baca.. ..baca.. .. Sains Sukan! Aku kena beri ceramah ttg Sports Science. That’s very interesting subject. Mmg aku minat ttg Sports Science nie.. .. So after rehearsal dan brainstorming.. .. terlintas pulak dalam fikiran aku.. .. instead aku beri ceramah ttg Sports Science, much better jika aku jemput bekas student TKD aku dulu.. .. Since dia ambil course Sports Science, so it will ADD VALUE and improve quality ceramah tue nanti.. .. it’s a good idea then.

Basically, aku pernah beri ceramah kat kolej tu dulu tahun 2004 ttg Kempen Self-Defense & sambutannya menggalakkan.. .. aku excited time tu sebab students jadi too excited semasa my speech dan risau jugak aku semasa praktikal sebab mereka jadi too fanatik with gave me a scenario.. .. bagus jugak scenario2 camtu.. .. most of the scenario are given by kaum Hawa.. .. al-maklum la yer.. ..

So, kali nie aku return lagi sekali dan actually I am very much thank you to the College Management and Hafizi himself for inviting me for that occasion.

Ok, event not happen yet, I will post my blog soon about this.. ..
- The End -

Tuesday, September 4, 2007

Keter aku broke down.. ..

Al-kisahnya.. .. .. dalam pukul 6.00 ptg, aku dari tempat kerja aku, Taman Tun Dr. Ismail menuju ke DBKL.. .. ..aku singgah jap kat stesen minyak Shell kat depan Eastin hotel.. .. dah pump minyak.. . .aku ignite keter aku..tiba2.....TUP!
Aku pelik bunyi apa lak tu? Aku ignite balik kali ini takde bunyi terus semua electrical keter aku shut down. Takde lampu, dashboard meter signal x menyala.. .. semualah! Aku dah suspens kat situ.. .. Apalah balak aku kali ini.. .. ..
Aku minta brader Shell tolong tolak keter aku kat parking lot.. .. kemudian dtg satu brader nie, nama dia Riduan, katanya dia ada member mekanik mobile, so aku minta tolong dia panggil member dtg sini tgk2kan keter aku.... sambil2 tu dia dok godek2 fius box aku.. .. tgk2 dua fius relay aku dah burned. Tapi aku suspect sebab tak kan sebab relay keter aku semua elektrikalnya shut down. Riduan pun agreed gak.. ..
Tunggu punya tunggu, member dia (Azli) pun dtg... ... aku pun bgtau problem. Tgh2 dia check, rupa2nya bateri clamp aku not in good shape. Satu clamp dari timah satu clamp dari besi.. .. Aku tgk clamp timah tu mcm kena toreh.. .. teruklah tu.. .. Mamat tu kata aku kena tukar dua2 clamp tu ke tembaga punya.. .. problem dia start sebab clamp nie x tak dapat supply full, so relay aku panas dan burned akhirnya. Buat sementara nie dia buat temporary 'cure' bagi keter aku start balik... tukar dua relay, korek clamp tue dan Al-hamdulillah! Takdeler yg major faulty semalam.
Aku tanya Azli berapa yg nak aku 'hulur'? Dia kata ikhlas, tp aku mendesak juga sebab dia dtg dari Sungai Buloh, hujan lak tu.. .. .. kos tenaga harus diambil kira jugak.. .. tak sedap lak hati aku kalau tak hulur sikit kat dia.. .. so malam tu aku keluar dari Shell dalam pukul 7.15 malam.. .. Insyaallah, aku kena singgah jap mana2 workshop nak tukar battery clamp tu.. .. boleh aku buat sekali computerised tuning.
- The End -

Monday, September 3, 2007

Traditional Taekwon-Do Tournament 2007 (17 & 18/3/2007)





.. .. .. haaa, gambar nie aku menang pattern dalam 3rd Dan Individual Pattern Above 18 Yrs Men, complete lagi tuuu.. ..

Aku dah lama tak main dalam competition dari tahun pertengahan tahun 2005.. .. . ha nie saja gatal nak main balik.. .. So tahun 2007, tak sangka pulak menang 3rd placing.. .. sebenarnya aku tak expect utk menang sbbnya aku tak training lama sunggoh!. Pattern pun ingat2 lupa.. ..

Bila tiba time aku nak perform, aku punya gemuruh terus hilang.. .. . so aku buat pattern Yoo-Sin. Yg lain buat Sam-Il dan Choi Yong. Cuma aku dan ada brader cina tu jer yg buat pattern panjang nie.

Starting punyalah confident.. .. sesampai pertengahan jer, ALAMAK!, stamina low.. .. .. of course 2 tahun tak main, macam enjin tua laaaa.. ... sempuuuuut, hu hu hu. Lgpun, pattern nie aku minat sebab ada Side Kick, kick favorite aku. Time tu pulak, salah satu judges dia ialah MAHESAN!. Chey, dia lagi.. .. pasal dia ler aku kena belasah teruk2 dlm sparring event 3-4 tahun yg lepas. Entahlah knp kali nie dia nampak baik jer.. .. .. .. yerlaaaa.. .. dah 4th Dan katakan. So, bila dah habis perform pattern aku, aku duduk tepi.. .. tiba2 Master Kong datang, 'You did a wrong Joon-Be!" Aku pun tunduk malu laaa.. ... Ok lagi time tuu, Master Yeow pulak dtg, 'The way u punched is wrong'.. .. kena lagi aku.... .. .. ok, aku rasa cukup dah kena 2 penangan dari Masters2 tu. . .. . time announce winner.. .. .. 3rd Degree Pattern, 3rd placing, nombor aku naik! Terkejut & terpinga2 kejap, biar betul?

Ha ha ha, aku gelak dlm hati.. .. .. sampai nak ambil medal jer , kena tegur lagi dgn Main Judge, 'What happened to you!' Dlm hati aku kata, OMG, kena teruk2 aku kali nie.. .. .. kalau tgk betul2 kat gamabr nie, dia tgh 'nasihat' aku.. .. .. hu hu hu sedihnya.. .. tp takper nasihat berbaloi aper.. .. .. Mahesan pun tegur aku gak.. ... anyway aku faham situasi aku time tu, no intensive training. Lagipun, pattern nie aku ingat2 lupa.. .. tak buat details pattern training .. .. manalah ada masa .. .. hu hu hu .. .. ..

So, next tournament aku nak biarler proper sikit.. .. susah sebab ramai Master kenal aku.. .. .. bersurai jer aku gelak sorang2.. ... tersipu2.. .. .. Aku dah lama tak compete (2 tahun).


Dalam tournament nie aku join dgn PD Tkd dalam Inter Centre Men Sparring.. .. alaaaaa letak nama jer.. .. Lgpun last minute sbb PD takde team, so aku ada pun takde team.. .. combine ler.. ... and you know what? won on 2nd placing.. .. .. .. Tiba2 lak, tournament tergendala sebab ada bantahan beramai2 dari parti pembangkang pasal tol .. .. actually dah mula pun.. .. cuma dah masuk dalam kompleks tuu... ... so ramailer polis2 yg datang escort 'kepala' dia nie.. .. boleh pulak dia duduk berhampiran dgn stage. Duduk kat lantai jer.. .. bukannya buat aper.. .. aku tak puas hati jugak sbbkan depa nie takde akal ke? Tak tau ker yg depa nie disturb flowing of the tournament dan memalukan diri sendiri jer depan para remaja yg mengambil bhgn?

Boleh la kata tergendala dalam 40 mins gara2 mereka tu.. .. geram jugak aku. Sepatutnya habis dalam pukul 5 lebih dah terlajak sampai pukul 7. Anyway, aku congrat the organizer atas tindakan cepat mereka get hold of the participants to sat in one crowd.

Next week, aku tgk dalam Malaysia Kini, keluar pulak video yg 'kepala' dia duduk berdekatan dgn stage.. .. .. tpkan aku tak galakkan insiden ini berlaku.. .. .. at least biarlah dgn proper channel untuk membangkang bukannya dengan channel begini.
At the end, the tournament was great and splendid. Well organized. Myself and my students happy. Hopefully to participate again on next year.



(Myself dgn Master Yeow, Jaswan, Maiza and my nephew, Shazlan)





Selangor TKD Tournament 2006









Haaa.. .. .. Gambar nie aku tangkap student aku took part dalam Kejohanan Taekwon-Do kali-3 Selangor pd tahun 2006.

Gambar atas nie time student tgh berdiri semasa opening ceremony yang mengambil masa 2 jam lamanya.. .. dan ditambah waktu rehat 1 jam lagi.

Actually, hari tu sebenarnya banyak dah pihak penganjur buat mistakes dari segi timing, registration, event dan weighing. Bayangkan first day event aku dah berada di sana dari pukul 8.00 pagi sampai pukul 1.00 pagi baru nak habis! Masuk kompleks kedai tutup keluar dari kompleks pun kedai tutup.. .. ..

Anyway, overall management dari organizer mmg tak organized. Tapi yg peliknya ini kali ke-3 diorang organized. Previously mmg bagus cumanya kali nie tak professional. Adalah seorang senior black belt tu (x nak sebut nama dia) time tu dia tgh call free sparring under 12 yrs.. .. cara dia panggil mmg buat aku sakit hati. At least panggilaa dgn panggilan yang baik, ini manusia bukannya anjing laut ke dugong ke.. .. .. free jer participants2 tu kena marah tak tentu pasal.. .. dah la tuu salah organizer jugak tak list event betul2.. ..


Aku ingat lagi aku berdiri sebelah student aku, time tu tgh weight separation.. .. off course as Team Manager, you have to be fussy of all event taking place. Adalaaa mamat cina tuu marah2 minta Team Manager keluar dari line.. .. Aku sebenarnya x kisah sgt la cumanya yg buat aku kisah dan menyakitkan hati sesangat tu sbb cara mereka memberi announcement tuu.. .. mcm la aku color belt.. .. .aku pandang dia directly dan angkat sikit dagu aku ke atas sambil tgk dia.. .. .. aku cakap 'sorry, apa dia?" baru ler dia ckp dgn elok2 minta aku keluar.. .. terkenang kejap aku kat peribahasa "bahasa menunjukkan peribadi seseorang".. ..






Gambar nie student aku menang free sparring 2nd place kalah kat budak talipinggang WY atau WHITE YELLOW. Persoalannya, sepanjang penglibatan aku dalam TKD dari aku color belt sampailer sekrg, inilah 1st time aku lihat WY took part dalam free sparring event. Pelik kan? Belakang tu Mr. Rajen tgh tak puas hati sbb time tu jam dah pukul 12.50 malam!!.. .. Mmg malam tu aku kena beberapa tembakan dari parents sebab hantar anak mereka lewat pagi bukan lewat malam.. .. .. so image aku as Instructor terjejas sebab benda2 begini.. .. ..

Luckily, 2nd day event cepat, timing cepat dan diorganized dengan baik. Tapi still sengat 1st day x habih lagi.. .. So aku buat conclusion dengan senior aku after few days yang aku mungkin tawar hati nak support Selangor lagi due to that incident. Lgpun sebab apa pun kitaorang took part sebab senior aku, Mr. Sathia Seelan ada good relations dgn Mr. Billy Soon. Tgk la camana next tournament.. .. still subjected.
Dalam tournament tu, aku minat sungguh dgn pattern dari team Perak under Mr. Dang Kok Wai. Mmg fabulous. Off course, Perak menang besar hari tu.. .. Luckily sebab musuh seangkatan tak took part, Melaka dan Pahang pun tak banyak hantar participants hari tu jugak.
-The End-

Insiden di TKD kelas.. .. ..

Hari Rabu, class aku macam biasa.. .. .. .. malam pukul 8.00. Tunggu students sampai maunya sehingga 8.30mlm.. .. nak buat camana.. .. kena extend kelas tu sampai 9.45. Lagipun, aku tak beberapa kisah sgt la sebab semua student aku bersemangat tinggi nak belaja TKD.
Lesson aku that day, syllabus kickings, lepas tu aku ajar breakfall. Seronok pulak tengok bila budak kechik 9 tahun boleh buat breakfall.. .. mission accomplished.
Time ada lagi 25 mins, so aku buat la free sparring; buat ring, dari junior belt sampai la ke black belt. Tgh2 'black tip' sparring.. .. .. DOOM, student aku jatuh mendagu.. .. slipped during kicking.. .. aku suspens jugak.. .. dari jauh tgk tak beberapa serius sgt. Aku panggil Jaswan untuk buat TOTAPS kat budak tu sementara aku assign asst. aku handle free sparring.
Alamak!, dagu dia koyak!! Jaswan apply iodin supaya takde infection dan tape dulu.. .. .. Aku suspected mesti kena jahit nie.. .. Malam tu dia balik dgn jiran dia, aku call parent dia, explained apa yg berlaku tetapi di dalam hati aku masih lagi risau teramat. Iyelaaa, dalam kelas aku always safety first. Kalau ada apa2, aku minta parents dia call aku. Still, aku masih risau.
Hari Sabtu tu, aku ada kelas TKD di sekolah, abg budak tu dtg training sekali (nak ambil 2nd Dan), aku pun tanya la sekali macam mana conditions dia.. .. = kena 2 jahitan.. .. ..
Huh.. ..aku mengeluh jugak.. .. .. rasa serba salah pulak.. Walauapapun, at least dia fine. Cumanya insiden hari tu sampai skrg terngiang kat kepala ku.. .. ..