Monday, May 4, 2009

MSSS Tournament

MSSS TKD Tournament

Recent visit aku kat tour’ adik aku di Dewan Sukan Klang, aku drop by dulu sebelum pergi ke rumah org tua yg tak jauh dari situ. Sesampai aku kat sana, fuh, susah nak dapat parking, dapatlah jugak tp kena menapak sikit tgh2 panas. Wife aku dgn daughter aku ikut sekali tak lupa anak saudara aku, Adli yg nak sgt tengok Pak Ucu dia sparring.

Sampai kat entrance, aku nampak kelibat Melvin (Master Smart Trading), tp kata hati aku balik nanti aku menyapa dia. Setibanya aku di dalam dewan, memang agak riuh, yela tempat crowded, apa nak expect. The way organizer handle pun boleh tahan teratur + dgn sikap jurulatih2 yg standby tepi menunggu turn mereka. Not bad for their attitude.

Adik aku dah aku jumpa dan kalah 1st round, he he he.. .. .. buat aku tersengih kat situ. Semasa aku tengok event sparring, aku notice few yg tak patut berlaku.. .. Salah satunya black belt vs dengan yellow belt. Serupa dgn kereta kancil dengan kereta Perdana, mana fair. Kesian aku tgk budak yellow belt tue, asyik kena jer.. .. aku tgk sebelah ring tu pulak laaa, black belt vs blue belt. Apa bendala nie.. .. Iyelaa, aku pun mengaku dalam tour’ kita pun ada black belt tukar kpd green belt tp kita boleh notice tp yg ini secara terang-terangan. Apa boleh buat, dah rules mereka allow so aku enjoy the scenelah.

Lg satu aku notice, mereka nie tak belajar blocking ker? Secara clearnya dia allow opponent to kick at point area at the same time same thing to the other sparer. No wonder aku tgk points 10-6 kat judge table. Make no sense kalau you tak blocking, dan banyak turning kick, chopping tu boleh kira brp, reverse kick jarang nampak, punch satu dalam seribu. Mungkin itu expain kot ttg apa yg telah berlaku di TKD olimpik (yg ref kena kick tp tak block). Hu3.

Then, mereka kick kat body pad tu jer still boleh score point, tu ler aku cakap kat Adli, kalau nko masuk sure nko boleh score mcm diorang jugak + kita training banyak aim kaplo. Tpkan, tak payah nak bising2, enjoy jer.. .. .. Tu yg sorang student aku W** kat Fadason sonak perut kena turning kick aku sebab tak block.

Aku boleh katakan dari apa yg aku nampak, mereka deliver turning kick memang laju, tp secara blind, aku rasa sebab mereka aware sure kena body pad sebab jarang aku tgk mereka block. As we are entirely different, we learn to control our kick so bila kita deliver kicks we aim for accuracy utk score point. Aku x leh lama2 duk dalam dewan tue, panas dan panas hati takleh tengok.. .. .. aku pun keluar tak sampai 1 jam pun aku dalam tue.

Keluar2 aku headed ke Melvin, say hi to him sambil pegang kicking pad dia. Nak sajer aku sound yg kicking pad mereka tue takder kualiti, budak2 primary tendang pun boleh patah holder dia. Aku beli 2 set, dua-dua hancus bersama kehancusan duit yg aku bayar, mmg tak berbaloi.

2 comments:

Ayasu Kuro-Obi said...

I experienced WTF tournament during my studies in IIU. Lawan jumpa blue belt, aku pakai black. Tapi aku main control setakat touch muka guna kaki dan tak la nak tendang kuat2. Pengadil sound aku suh tendang betul2. Tapi kita dah train tak kasar kalau lawan yg nampak lemah dan kita perlu bagi chance utk dia execute several techniques.

Lepas lawan, coach dia approached aku dan ucap terima kasih bersungguh-sungguh sbb aku tak main kasar dan student dia mmg jenis lemah. Maknanya kalau kita nak K.O dia memang boleh sgt.

Memang betul2 tak adil. Org control ada sebab - tapi pengadil warning - execute kick mesti dgn power kasi bunyi kuat. Aku rasa kita boleh buat bunyi tu kuat guna fast slapping kick without imposing much power on opponent - just on the body pad. Ni tak - kena bedal betul2.

Rimas betul pakai body pad mcm tu.

Adam A. said...

Rasanya boleh kita gunakan slapping/insep fast tp bila impak pull back. Mmg aku agreed pakai body pad/protecter rimas.

Aku respect mu sebab being understand your opponent skills during sparring, that's true black belt. Ini yg aku tengok tu, kesian si polan tu, betol2 tapak kaki hinggap kat muka (bb vs yellow b.)