Baru td aku rushed pergi nak cut rambut aku nie, initial idea nak perkena Quick Cut kat Carrefour, alih2 tukar ke tempat common yg selalu aku pergi iaitu salun cina nie. Wife aku dgr jer, startle jealousnya, he3. Apa taknya kalau aku gi salun cina tu, satunya aku memang muka regular dan mereka tahu citarasa aku dan lagi satu aku biasa shampoo + cut + wash, so adalah elemen2 massage dari head ke shoulder. Fuh, itu yg aku xleh resist. Kua3!
Sampai2 ajer TUTUP! Cheh potong stim aku jer, jam dah pukul 9 mlm, ada few benda aku nak beli utk esok trip ke Langkawi. Nak x nak terus aku drive cari kedai india, masuk dengan muka seposen (terpaksa). Bukan aper, aku dah lama x pergi kedai gunting india nie sejak habis sekolah. Due to? Satunya mereka nie kasar siket, alih kaplo org mcm kelapa nak kena parut jer, aku tahulah rambut yg kena ‘parut’ tp pelan2 la, kaplo aku tu. Duanya, tools diorang x hygiene termasuk kedai diorang sekali. Itu yg buat aku rasa berat kaki nak masuk.
Kalau kat kedai salun tu, aku dilayan lembut2, syioknyer.. .. he3.. .(bini aku baca, habih aku).Cheh, bukan aper layanan mereka tu much better, kaplo aku nie takderlah ditonyoh ditonjol. He3. Tpkan apa yang rindu kat kedai india nie dia punyer twist leher org “kruuuuuup’ fuh, itu memang syiokk. Tak ramai org yg berani buat benda tue. Ada adik kat sebelah tu siap sound abah dia lagi “fuyoo kena patah leher tu” Aper aku nie kena neck lock ker?
Habih jer, aku tersengih2 kenapa dengan aku malam nie hah? Adakah aku gunting rambut malam nie kerana terpaksa gara2 trip esok? Atau aku risau paperwork aku kat office yg x siap lagi tu? Bos aku nie lg satu, aku nak cuti esok mcm2 assignments dia assign aku hari nie.. .. dah nak balik pun masih panggil meeting tue.. .. ..
Arghh, aku x kira, esok aku off hand phone selama 3 hari!! Peace dari gangguan telefon mahupun kerja. Kalau takder aku pun, takkkan xleh jalan kot?
Apa2 pun aku nak lelap nie, esok nak bangun pagi2. Selamat Malam!