Monday, June 22, 2009

Nat Champs 2009

Sampai hari ini aku masih terasa penat, letih bertugas di National Champs. Ikutkan schedule aku kena lapor diri pd hari Jumaat untuk uruskan pendaftaran tp atas sebab2 kerja aku tak dapat turun. Sure Mst Yeow tensi sikitla sebab tak inform dia, mistake akula lgpun sebab tak inform.

Aku turun awal macam biasa pada hari Sabtu, kalau ikutkan hati memang semangat tue kurang siket disebabkan insiden2 yang berlaku baru2 nie. Walaubagaimanapun, Mst Yeow mintak aku turun dan juga atas sifat ‘TKD part of my life’ tue aku turun.

Initial idea aku adalah sebagai judge tp entah tiba2 Mst Siva minta aku organize event bersama-sama dengan Mr. Nanda, kira bidan terjun la nie.. .. well tak banyak yg nak diexpectedkan.. .. tak banyak team yang masuk kali ini (15 team sahaja). KL dan Selangor tak masuk, masing2 ada reasons sendiri.. .. So takderlah crowded sangat.

Sedikit kronologi yg berlaku pada tournament tue :

1. Team Sabah improved dengan baik sekali, tak disangkakan Sabah dapat membuat beberapa kejutan dalam beberapa events.
2. Few incidents berlaku tentang isu judging, well isu ini di mana2 pertandingan sure akan berlaku.
3. Corner Judge salah/tak/terlebih rekod, ini yg buat aku pening nie.. .. mcm mana boleh overlooked. Walaubagaimanapun, juri dapat tangkap kesilapan itu dan membetulkan balik.
4. GM C.S Lim menjadi Juri dan Mst Siva menjadi C. Ref untuk event2 tertentu. Menarik sungguh!
5. Banyak VIPs yg datang semasa opening ceremony termasuk Mahaguru Omar Din.
6. Pengumuman badan antarabangsa baru iaitu GTFi. Aku masih blur tentang input ini.
7. Kedah masih lagi mengungguli Piala Agung utk tahun nie.

Aku berjumpa dengan Master Amir, dia menanyakan aku samada aku ambil tak test 5th dan nanti.. .. aku kata tak cukup edah dan lebih2 lagi aku sangkut dgn sorang nie. Walau pun cukup edah kalau aku ambil entah another incident akan berlaku lagi? Wallahhualam.. .. .. Geng Smarts Nordin dtg dan sempatlah aku greet mereka. Baguslah sebab mereka dapat melihat event2 mcm ini berlangsung.

Bekas world champs Pahang datang turun, tegur aku. Tak sangka dia dtg dan betul2 kurus dia tak macam dulu dengan tiada penambahan ketinggiannya. Hu3.. .. Dia nak join balik cumanya katanya akan start balik dengan open tournament dululah. Baguslah tu!

So far itu sahaja yg dapat aku update, ada banyak yg nak diceritakan sebenarnya cuma entah kenapa jari2 nie slow dan lembab nak menaip.. .. .. .. .. but then.. .. entahlah! Apa2 pun tahniah kepada penganjur, par juri, hakim dan pengadil dan para peserta yang menyertai kejohanan ini!

No comments: