Sudah lama blog nie tak berupdate sejak kewujudan Facebook. Lagipun, bukan tak nak update, bila terlintas idea di kepala untuk update, bila di depan laptop semuanya kaku. Adalah sebab2 yang telah terjadi so, ianya menjadi salah satu punca blog ini tak diupdate.
Bila melihat kawan2 yg telah update blognya seperti Hj Saiful, Eizam, Rahman (yg blognya menjadi hangat), dan lain2.. .. kenalah rajin untuk menaip segala apa yang telah tersimpan untuk dikongsikan bersama.
TKD? sudah menyepi sunyi… ye ker sunyi? Aku jer yang sudah jelak dengan keadaan sekarang ini, apatah lagi selepas Nat. tournament yang lepas, ura-ura sudah menjadi kenyataan. Yang membuat aku sedih itu ialah tiada apa2 tindakan drastik yang dibuat bagi mengatasi masalah tersebut dan yang menjadi mangsa adalah siapa? .. .. jurulatih kita yang bersemangat memperjuangkan seni TKD walaupun tidak mendapat sokongan yang sebetulnya aku panggil sokongan.
Semenjak kelahiran badan baru ‘Telekom Malaysia’ ini, banyak jurulatih yang sudah digugat kesahihan kejurulatihannya walaupun dengan berbekalkan surat sokongan (x ingat tahun berapa), sijil jurulatih, testimonial namun tidak dapat menandingi ‘circular letter’ yang telah dikeluarkan oleh ‘Telekom Malaysia’ itu. Disebabkan itu, ura-ura yang aku dengari, sudah menjadi kenyataan. Beberapa jurulatih yang aku kenal sudah mula memacak tiang ‘Telekom’ di ‘rumah’ mereka.. .. kerana apa? .. .. tidak tahan dengan desakan ‘circular letter’ dan juga perkara yang membuat aku jelak ; sokongan daripada badan induk utk mengatasi masalah ini.
Apa sudah jadi kawan? Di mana sokongan apabila kita betul2 memerlukannya? Takkan masih lagi perlu membuat pelobian, kipas-mengipas, build repo etc dengan pihak yang tertentu terutama sekali dengan pihak pendidikan? Isu ini sudah lama.. .. bertambah2 lumut dan lumpur menyelaput perkara ini, dan masih menjadi ‘floating’ tidak diselesaikan.
Mana semua kata2 manis yang harus dikotakan? Buku manual jurulatih? Kursus jurulatih? Kursus Pengadilan? Laman Web?.. .. Sedih apabila memikirkan benda2 ini.. .. tiada kawalan, tiada prospek, tiada perancangan, tiada misi & visi.. .. .. Suatu seni yang aku dan kawan2 aku sanjungi, yang aku & kawan2 perjuangkan dengan peluh & keringat, perjuangkan untuk perkembangannya dari masa ke semasa, semua ini adalah sokongan tapi dimanakah sokongan yang sepatutnya ada di masa aku & kawan2 yang lain memerlukannya? Alih2 dikatakan balik kita tidak menyokong badan, diperkatakan mengkritik badan apabila menyuarakan pendapat.. .. .. so, di mana dirinya pendirian kita? Di mana dirinya perjuangan kita?
Cuba kita perlihat balik Nat. tournament yang lepas? Berapa kali harus diadakan di tempat yang sama? Berapa kali harus kita memperlihatkan masalah yang sama berulang-ulang kali berlaku? Berapa kali harus kita mengadap isu pengadilan tidak teratur yang berulang-ulang kali berlaku? Berapa kali harus kita menghadapi kekurangan pengadil, pengurusan masa yang gagal (opening ceremony sampai 4 jam).. .. aku sungguh demotivated.
Ada suatu masa apabila aku menyarung dubok aku, aku termenung memegang talipinggang aku, memegang ‘line’ hitam kat seluar aku, di mana hala tuju perjuangan aku utk seni ini? Takkan nak aku senyap sahaja melihat persembahan ‘kekotakkatikkan’? Di mana hak-hak sebagai seorang jurulatih? Setakat ‘kekotakkatikkan’ diperbincangkan di kedai teh tarik berulang2, diulang2, mengulang2.. .. tapi sampai bila? The tarik pun sudah berevolusi.. .. naik harga.. .. tetapi kita dimana? Cerita kedai kopi.. ..
1 comment:
time audit company je mu update blog...haha
Post a Comment