Dah bersawang rupanya blog aku nih.. .. hu3!. Apa boleh buat, life aku skrg memang susah nak mencari masa yang bersendirian untuk meluahkan luahan pendapat dan pengalaman. Aku minta maaf atas kemunduran blog ini. . . . bahkan bukan aku shj malah bloggers kengkawan aku yang lain pun dah slow down.
Tahun harimau ini memang betul2 mengaum!, dengan cuaca panas semacam tiba2 hujan.. .. memang x senang duduk kat rumah.. .. Bulan Feb lepas, wife aku selamat melahirkan anak kedua aku.. .. aku dpt anak lelaki dan kali ini wife aku beri nama.. .. Anas Zaqhwan.. .. seronok aku dapat sepasang.. .. memang saat yang menggembirakan. Kali ini kelahiran secara normal bukan operation. . . so aku dapatlah pengalaman berada di dalam bilik bersalin melihat kelahiran putera aku nih. Al-hamdulillah aku tak collapsed...he3 aku nih xleh tgk darah, pitam aku nanti.. .. entah cmna dapat aku lalui semua itu dgn tiada sebarang masalah.
Skrg ni life aku kelam kabut.. .. dgn ragam anak sulung aku, Inas Zulaiqha yang tak lekang dari aku, berkepit jer kerjanya, sampai nak mandi pun dia ikut nak masuk.. .. Nak kata dapat cukup tidur tu memang mustahil.. .. mana yang sempat aku tumpang lelap kejap.. .. kalau tak si Inas dtg bermanja dgn aku.
Skrg nih aku dah tukar kerja dari TTDI ke Megan Phoenix, Cheras. Honestly, memang jauh dari apa yang aku comfort dulu. Kali ini totally different business nature. Masih lagi catching up the momentum kat sini cumanya banyak berbeza dari dulu. Dulu semuanya aku kena fast & furious, la nie environment relax & steady. Baguslah begitu, takdelah asyik nak marah/maki orang jer. Aku dapat menunaikan solat dgn tenang dan tenteram.
Prospek tahun nie tidak seperti yang aku rancangkan.. .. few yang mutual prospect dah gone, maksud gone tu job x dpt kat aku.. .. apa boleh buat.. .. kenalah aku dgn pepatah ni “guruh berdentum di langit, air di tempayan dibuang”.. .. tapi x mengapa, satu pintu rezeki ditutup , yang lain akan dibuka.. ..
Seni TKD aku agak slow pada tahun ini, dah lama aku tak menjejak kaki untuk training. Tahun ni aku dah closed 1 kelas di Kepong atas sebab2 yang memang aku nak elakkan. Aku diapproached oleh satu cikgu nie yang mengajar suatu sekolah asrama yang berkehendakan servis aku untuk menggantikan jurulatih yg sebelum ini mengajar (la nie M.I.A). Ada banyak persoalan dalam kaplo aku nie, berserabut nak memikirkannya.. .. paling susah pun aku ada rumusan aku paling senang, akan aku refer ‘kawan’ aku minta support.
Tournament TKD dah beratur sampai pertengahan tahun nie, Kulim pada 13hb & 14hb Mac, TTA pada 20hb & 21hb Mac, Tg. Malim pada 3hb & 4hb April, Majlis Belia Hulu Selangor pada bulan Mei ni dan National; the latest info yg aku terima pada bulan Feb akan dibuat di Poli Shah Alam dalam pertengahan bulan Jun. Pertandingan Wajadiri Kebangsaan tidak akan dianjurkan pada tahun ini, aku rasa sebab yang paling diterimapakai ialah tiada bajet.
Smarts pula buat aktiviti Pangkor pada 20hb-22hb Mac yang mana clashed dgn TTA. Aku x tahu samada Smarts dah tukar datenya atau belum. Whatever it is, aku tak dapat join Pangkor trip Smarts dalam masa terdekat nie. Jika event yang berdekatan, insyaallah aku boleh participate.. ..
Dalam diam2 eXCEL dah pun mencecah 3 tahun.. .. salah satu perancangan ialah Family Day to Pangkor yang akan diadakan pada awal bulan Jun nanti. Inilah event outing yang pertama buat eXCEL dan hopefully event tersebut akan berjaya.
Dan lagi pada bulan Julai, annual event aku utk kali ke-4. Aku masih belum terima apa2 hint dari partner aku tentang event tersebut. Untuk kali ini aku akan cuba untuk membuatnya open kepada public. Let’s see the outcome!
Fuh.. .. banyaknya updates.. .. nih ada lagi nak disharekan.. .. Takperla, tunggu aku punya next entry.
1 comment:
kn dh ckp.. ur schedule penuh jer.. huhu ;)
Post a Comment