Thursday, December 23, 2010

Un Océano de Conocimiento de Una Pulgada De

Apa nak jadi nie wei?!?!?!? Ada kalanya lebih baik dari aku tidak tahu dari aku tahu sebab kadangkala ianya akan menyakit hati mengetahuinya. Aku tidak tahu kenapa ada pihak yang bagi aku berdarah muda, tidak berfikiran matang dan terlalu mengikut perasaan a.k.a kawan aku sendiri boleh bertindak sedemikian rupa?

Memang betul badan induk kita mempunyai masalah dalamannya sendiri, tapi itu biasa berlaku di mana2 persekutuan bahkan berlaku dalam persatuan ataupun kelab2 yg lain. Tetapi kita ini sebagai generasi akan datang, sebagai pelapis harus berfikiran matang dan pandai memainkan peranan dalam bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut dan bukannya dengan mencari jalan keluar dan menambahceritakan keburukan tersebut.. .. apa diri anda tiada masalah juga ke?

Kita ini ibarat anak, jika bapa kita silap, maka tanggungjawab kita untuk memperbetulkannya tetapi bukannya dengan memperburukkan bapa kita sendiri..INGAT siapa diri kita.. .. dari mana anda berasal... ..dari mana dibentuk sehingga anda berada pada tahap sekarang ini… Aku tidak nafikan perselisihan faham antara anak murid dengan gurunya.. .. Aku sudah alaminya tetapi aku berbaik semula atas dasar courtesy, atas dasar kesedaran tanpa mereka aku tidak akan berada dan mempunyai apa yang aku ada sekarang. Aku adalah hasil dari didikan mereka. Al-hamdulillah, dengan men to men talk, aku menjernihkan relation aku dan kini lebih akrab dari dulu.

Mencari jalan keluar dengan mencari seni yang lain, bersama dengan pengebang yang semanis susu F&N, dan akhirnya anda kini bersamanya, terus terang aku katakan, aku sedih. Sedih atas sifat desperation anda tanpa mengenal si pengebang dengan lebih lanjut lagi… Aku kata kat sini lah si pengebang tu junior aku, masuk dengan hidden interest dia, drop name sana-sini dan akhirnya dia sudah menjadi GM dalam suatu seni itu. Persoalan LOGIK aku di sini ialah bagaimana dia boleh menjadi GM tanpa mempelajari seni itu dari mula? Dan anda bow kepada orang yang sebegini? LMAO!!! Bahkan lagi converted sijil anda kepada 5th? Kepada 4th? What is wrong with you? Anda tidak belajar seni itu dari mula dan kini anda sudah memegang 5th, memegang 4th? Anda sendiri tidak ubah seperti pengebang itu sendiri. Terasa pedas? Soalan aku seterusnya : Mana perginya prinsip anda? Aku pun pernah diapproached; nak bagi aku 5th untuk seni itu,nak bagi aku 4th untuk seni ini, but me very straight forward, aku tak belajar dan aku tak LAYAK untuk memakai ‘dan’ tersebut kecuali jika aku belajarnya dari mula mengikut proses yang sepatutnya.

Ini seperti membeli sijil macam apa yang berlaku di Universiti2, orang membeli sijil degree, diploma untuk bidang2 tertentu tetapi apabila disuruh buat, hampeh! Duit boleh membeli segalanya tetapi duit tidak boleh membeli ‘Respect’ dan ‘Honour’. Alih2 nanti anda akan mengajar apa yang anda telah lakukan selama ini kerana itulah yang telah berada di dalam darah daging anda sendiri. Anda tidak boleh lupakan dari mana asal anda. Jangan jadi ‘Melayu mudah lupa’ ataupun ‘Guna melayu untuk hancurkan melayu’. Terasa pedas? Tanya diri anda balik… ..

Pengebang ini sebenarnya memang manis mulutnya, said this and that, Olympic lah, hey come on lah! Even a state association pun you don’t have, how to form a Federation? You need a majority of state associations to support you then you can form a Federation. Even registration with ministry pun tiada khabar lagi. All these aku sudah dengar years back dan sudah muak. So bagi anda yang baru ini, WOW for you laaa, but for me; I heard this before but that’s years back ago, x settle lagi ke? Or you don’t have the crowd?.. .. .. If you do it with honest then you will get it but karma will smack you back if you do it on the other way.

Aku amat terasa hati sebenarnya.. .. kalau ikutkan aku, biarlah.. .. mereka nak 5th dan ke, nak 7th dan, 9th dan, tak dan ke.. .. go ahead laaa, beli sijil sana-sini, claimlah anda itu anda ini, macam sorang mamat tu, sumer dia ada.. .. ‘Jack of all trades, master of none’ ataupun dalam Spain ’Un océano de conocimiento de una pulgada de profundidad’. Orang 2 begini tiada prinsip, anda telah menipu masyarakat dan yang paling teruk, anda telah menipu diri sendiri. Tapi mamat tu bagi aku dia memang badut, a proper sidekick pun xleh buat.. .. Terasa pedas?

Tp apakan daya aku, itu yang anda hendakkan.. .. maka turutlah kehendak itu.. .. Aku hanya boleh melihat sejauh dalam mana si luncai terjun dengan labu2nya.. .. .. You have drew your line so do I, may you accomplish of what you wish for.. ..

~Makan asam pedas best jugak nie.. .. .. .. ~

Thursday, October 7, 2010

Kena Tag.. .. ..

1) Name one person who made u laugh last night?

Pak Nil.. .. Ketika mendengar siaran ulangan ‘Can I Help You”.. .. ..

2) What were u doing 1 hour ago?

Set-up training hall for upcoming training.. ..

3) What was da last thing you said out loud?

“Bodoh”

4) Where's da next place you're going to?

Giant, ada restoran yang sedap di sana.. ..

5) What was da last thing u paid for?

Toys for my kids.. ..

6) Where were u last nite?

Bedroom..yezzaaaa

7) What's da best ice-cream flavour?

Chocolate mint.. ..

8) Do u wanna cut your hair?

Dah pendek.. ..later la

9) Do u love to 'melatah'?

Me tak melatah.. .. tpp suka usik org yg melatah.. ..

10) If that so(x melatah), what will u said out loud?

Nothing lerrr

11) What does da last text-msg received say?

From Maxis – Free MMS. .. Wat daaaa

12) Will u get married in da future?

Me.. .. Why Not.. ..with twisted fingers. .. .. ha3. .. .wak luuuuuuuuuuu

13) Do u chew on your straw?

No.. ..

14) Do u make-up your own words?

Apa masalahnya nie.. .. dengan muka kerek.. ..

15) Is there anyone u like/love right now?

My kids and my lovely wife.. ..

16) Tag to other 5 bloggers/more

1. Re-tag to the person that tagged me.. .. Eita.. .. ha ha ha

Wednesday, September 15, 2010

Cerita Kedai Kopi

Sudah lama blog nie tak berupdate sejak kewujudan Facebook. Lagipun, bukan tak nak update, bila terlintas idea di kepala untuk update, bila di depan laptop semuanya kaku. Adalah sebab2 yang telah terjadi so, ianya menjadi salah satu punca blog ini tak diupdate.

Bila melihat kawan2 yg telah update blognya seperti Hj Saiful, Eizam, Rahman (yg blognya menjadi hangat), dan lain2.. .. kenalah rajin untuk menaip segala apa yang telah tersimpan untuk dikongsikan bersama.

TKD? sudah menyepi sunyi… ye ker sunyi? Aku jer yang sudah jelak dengan keadaan sekarang ini, apatah lagi selepas Nat. tournament yang lepas, ura-ura sudah menjadi kenyataan. Yang membuat aku sedih itu ialah tiada apa2 tindakan drastik yang dibuat bagi mengatasi masalah tersebut dan yang menjadi mangsa adalah siapa? .. .. jurulatih kita yang bersemangat memperjuangkan seni TKD walaupun tidak mendapat sokongan yang sebetulnya aku panggil sokongan.

Semenjak kelahiran badan baru ‘Telekom Malaysia’ ini, banyak jurulatih yang sudah digugat kesahihan kejurulatihannya walaupun dengan berbekalkan surat sokongan (x ingat tahun berapa), sijil jurulatih, testimonial namun tidak dapat menandingi ‘circular letter’ yang telah dikeluarkan oleh ‘Telekom Malaysia’ itu. Disebabkan itu, ura-ura yang aku dengari, sudah menjadi kenyataan. Beberapa jurulatih yang aku kenal sudah mula memacak tiang ‘Telekom’ di ‘rumah’ mereka.. .. kerana apa? .. .. tidak tahan dengan desakan ‘circular letter’ dan juga perkara yang membuat aku jelak ; sokongan daripada badan induk utk mengatasi masalah ini.

Apa sudah jadi kawan? Di mana sokongan apabila kita betul2 memerlukannya? Takkan masih lagi perlu membuat pelobian, kipas-mengipas, build repo etc dengan pihak yang tertentu terutama sekali dengan pihak pendidikan? Isu ini sudah lama.. .. bertambah2 lumut dan lumpur menyelaput perkara ini, dan masih menjadi ‘floating’ tidak diselesaikan.

Mana semua kata2 manis yang harus dikotakan? Buku manual jurulatih? Kursus jurulatih? Kursus Pengadilan? Laman Web?.. .. Sedih apabila memikirkan benda2 ini.. .. tiada kawalan, tiada prospek, tiada perancangan, tiada misi & visi.. .. .. Suatu seni yang aku dan kawan2 aku sanjungi, yang aku & kawan2 perjuangkan dengan peluh & keringat, perjuangkan untuk perkembangannya dari masa ke semasa, semua ini adalah sokongan tapi dimanakah sokongan yang sepatutnya ada di masa aku & kawan2 yang lain memerlukannya? Alih2 dikatakan balik kita tidak menyokong badan, diperkatakan mengkritik badan apabila menyuarakan pendapat.. .. .. so, di mana dirinya pendirian kita? Di mana dirinya perjuangan kita?

Cuba kita perlihat balik Nat. tournament yang lepas? Berapa kali harus diadakan di tempat yang sama? Berapa kali harus kita memperlihatkan masalah yang sama berulang-ulang kali berlaku? Berapa kali harus kita mengadap isu pengadilan tidak teratur yang berulang-ulang kali berlaku? Berapa kali harus kita menghadapi kekurangan pengadil, pengurusan masa yang gagal (opening ceremony sampai 4 jam).. .. aku sungguh demotivated.

Ada suatu masa apabila aku menyarung dubok aku, aku termenung memegang talipinggang aku, memegang ‘line’ hitam kat seluar aku, di mana hala tuju perjuangan aku utk seni ini? Takkan nak aku senyap sahaja melihat persembahan ‘kekotakkatikkan’? Di mana hak-hak sebagai seorang jurulatih? Setakat ‘kekotakkatikkan’ diperbincangkan di kedai teh tarik berulang2, diulang2, mengulang2.. .. tapi sampai bila? The tarik pun sudah berevolusi.. .. naik harga.. .. tetapi kita dimana? Cerita kedai kopi.. ..

Tuesday, March 9, 2010

Updates.. .. .. Mac

Dah bersawang rupanya blog aku nih.. .. hu3!. Apa boleh buat, life aku skrg memang susah nak mencari masa yang bersendirian untuk meluahkan luahan pendapat dan pengalaman. Aku minta maaf atas kemunduran blog ini. . . . bahkan bukan aku shj malah bloggers kengkawan aku yang lain pun dah slow down.

Tahun harimau ini memang betul2 mengaum!, dengan cuaca panas semacam tiba2 hujan.. .. memang x senang duduk kat rumah.. .. Bulan Feb lepas, wife aku selamat melahirkan anak kedua aku.. .. aku dpt anak lelaki dan kali ini wife aku beri nama.. .. Anas Zaqhwan.. .. seronok aku dapat sepasang.. .. memang saat yang menggembirakan. Kali ini kelahiran secara normal bukan operation. . . so aku dapatlah pengalaman berada di dalam bilik bersalin melihat kelahiran putera aku nih. Al-hamdulillah aku tak collapsed...he3 aku nih xleh tgk darah, pitam aku nanti.. .. entah cmna dapat aku lalui semua itu dgn tiada sebarang masalah.

Skrg ni life aku kelam kabut.. .. dgn ragam anak sulung aku, Inas Zulaiqha yang tak lekang dari aku, berkepit jer kerjanya, sampai nak mandi pun dia ikut nak masuk.. .. Nak kata dapat cukup tidur tu memang mustahil.. .. mana yang sempat aku tumpang lelap kejap.. .. kalau tak si Inas dtg bermanja dgn aku.

Skrg nih aku dah tukar kerja dari TTDI ke Megan Phoenix, Cheras. Honestly, memang jauh dari apa yang aku comfort dulu. Kali ini totally different business nature. Masih lagi catching up the momentum kat sini cumanya banyak berbeza dari dulu. Dulu semuanya aku kena fast & furious, la nie environment relax & steady. Baguslah begitu, takdelah asyik nak marah/maki orang jer. Aku dapat menunaikan solat dgn tenang dan tenteram.

Prospek tahun nie tidak seperti yang aku rancangkan.. .. few yang mutual prospect dah gone, maksud gone tu job x dpt kat aku.. .. apa boleh buat.. .. kenalah aku dgn pepatah ni “guruh berdentum di langit, air di tempayan dibuang”.. .. tapi x mengapa, satu pintu rezeki ditutup , yang lain akan dibuka.. ..

Seni TKD aku agak slow pada tahun ini, dah lama aku tak menjejak kaki untuk training. Tahun ni aku dah closed 1 kelas di Kepong atas sebab2 yang memang aku nak elakkan. Aku diapproached oleh satu cikgu nie yang mengajar suatu sekolah asrama yang berkehendakan servis aku untuk menggantikan jurulatih yg sebelum ini mengajar (la nie M.I.A). Ada banyak persoalan dalam kaplo aku nie, berserabut nak memikirkannya.. .. paling susah pun aku ada rumusan aku paling senang, akan aku refer ‘kawan’ aku minta support.

Tournament TKD dah beratur sampai pertengahan tahun nie, Kulim pada 13hb & 14hb Mac, TTA pada 20hb & 21hb Mac, Tg. Malim pada 3hb & 4hb April, Majlis Belia Hulu Selangor pada bulan Mei ni dan National; the latest info yg aku terima pada bulan Feb akan dibuat di Poli Shah Alam dalam pertengahan bulan Jun. Pertandingan Wajadiri Kebangsaan tidak akan dianjurkan pada tahun ini, aku rasa sebab yang paling diterimapakai ialah tiada bajet.

Smarts pula buat aktiviti Pangkor pada 20hb-22hb Mac yang mana clashed dgn TTA. Aku x tahu samada Smarts dah tukar datenya atau belum. Whatever it is, aku tak dapat join Pangkor trip Smarts dalam masa terdekat nie. Jika event yang berdekatan, insyaallah aku boleh participate.. ..

Dalam diam2 eXCEL dah pun mencecah 3 tahun.. .. salah satu perancangan ialah Family Day to Pangkor yang akan diadakan pada awal bulan Jun nanti. Inilah event outing yang pertama buat eXCEL dan hopefully event tersebut akan berjaya.

Dan lagi pada bulan Julai, annual event aku utk kali ke-4. Aku masih belum terima apa2 hint dari partner aku tentang event tersebut. Untuk kali ini aku akan cuba untuk membuatnya open kepada public. Let’s see the outcome!

Fuh.. .. banyaknya updates.. .. nih ada lagi nak disharekan.. .. Takperla, tunggu aku punya next entry.

Thursday, January 7, 2010

Prospek Dlm 2010

2009 boleh dikira sebagai tahun yang penuh dengan cabaran namun demikian dapat ditempuh juga walaupun terpaksa randuk.. .. .. Aku foresee pada 2010 akan menjadi lebih mencabar, penuh dengan dugaan, well prepare for the unexpected.. ..

Bulan lepas (Dec), aku baru habis satu event dgn Smarts Coach dengan Kem Jatidirinya. Seronok bersama-sama orang yang mempunyai iltizam untuk membuat dan menjayakan sesuatu yang dia minati.. .. .. well, we are in the same shoe. Insyaallah, 23hb Jan ini pun ada lagi satu event dan Al-hamdulillah, few projected prospects sudah tersenarai dalam diari 2010 aku. Thanks for the mutual supports!!

Aksessori SLR aku pun semakin bertambah dan semakin berat.. .. .. hu3! Ditambah lagi dengan 'wish gear', jika berkemampuan, aku akan menambah 'gun' aku lagi. 2-3 aksessori aku hilang/rosak ketika di Kem Jatidiri, tapi x mengapa, yg hilang pun benda2 yang kecil. Next event aku akan be more careful to sentence activities. Walau apa pun, aku harap Nordin satisfied dengan apa yang dia ingini pada Kem tersebut.

Dalam minat aku kepada TKD pula, masih lagi ngelaban.. .. aku pun dah mula fokus kepada prospek 2010 nanti, antaranya pun sudah berjalan bersama Sir Sharifuddin dalam program Self Defense PPSPPAnya, salah satu misi aku sudahpun tercapai untuk menaik taraf fitness anggota2 PPSPPA. Baru semalam aku officially hand over cawangan PJ kepada the right instructor, before this aku kena cover cawangan tersebut due the instructor not avail. But then aku happy apabila aku hand over, anggotanya telah achieved few of my targeted missions.

Coming soon, event tahunan seminar self defense yang kali ke-5 untuk tahun ini. Insyaallah, aku akan buat sedikit perubahan dalam konteks kursus tersebut. Dan x lupa juga aku akan cuba untuk organize satu trip untuk kelas TKD aku, mungkin 2h 1m. Ianya dah termasuk dalam prospek 2010 aku.

Dan juga aku ada berbincang dgn Nordin tentang collaboration untuk menjayakan event Self Defense Techniques menjurus kepada joint manipulations & locking dengan Sensei Yacob. Aku masih lagi menunggu appropriate date dari Nordin, then aku akan communicate dengan Sensei Yacob tentang course contentnya.

Eh, x lupa juga.. .. bak kata saudara anwar, "pokok kelapa takkan bergoyang jika tiada angin".. .. aku terima info yg menyatakan aku sudah pun 5th Dan dan menyoal status 5th dan aku nih! Aku x marah dgn info ini cuma membuat aku tergelak besar, tergolek2, terbahak2 nak terkucil pun ader.. .. aku malas nak ambil tahu siapa insan tersebut.. .. Knp x tanya kat tuan empunya badan? Kenapa nak bertanya dgn org lain? Aku masih lagi 4th Dan dan akan akan KEKAL terus begitu sehingga sudah cukup ilmu, cukup edahnya dan paling penting aku kener lepaskan senior2 yg lain seperti Mr. Eizam, Mr Sharifuddin etc untuk upgrade dulu.. ..very funny this info.. .. Aku dah forward info ini kepada Master Yeow.. .. .. katanya, "You tell them that you want to take 6th Dan and see his response". Lawak akhir tahun.. .. ..

Insyallah, aku akan participate untuk Kejohanan National pada tahun ini, katanya akan diadakan di Kelantan.. kalau ada team dan jika tiada team, aku akan cuba tanya mana2 state... he3!

OK, I'm looking forward for 2010!!


2010

Never too late to wish 2010.. .. May 2010 brings new prospect in life.. .. ..