Monday, June 22, 2009

Nat Champs 2009

Sampai hari ini aku masih terasa penat, letih bertugas di National Champs. Ikutkan schedule aku kena lapor diri pd hari Jumaat untuk uruskan pendaftaran tp atas sebab2 kerja aku tak dapat turun. Sure Mst Yeow tensi sikitla sebab tak inform dia, mistake akula lgpun sebab tak inform.

Aku turun awal macam biasa pada hari Sabtu, kalau ikutkan hati memang semangat tue kurang siket disebabkan insiden2 yang berlaku baru2 nie. Walaubagaimanapun, Mst Yeow mintak aku turun dan juga atas sifat ‘TKD part of my life’ tue aku turun.

Initial idea aku adalah sebagai judge tp entah tiba2 Mst Siva minta aku organize event bersama-sama dengan Mr. Nanda, kira bidan terjun la nie.. .. well tak banyak yg nak diexpectedkan.. .. tak banyak team yang masuk kali ini (15 team sahaja). KL dan Selangor tak masuk, masing2 ada reasons sendiri.. .. So takderlah crowded sangat.

Sedikit kronologi yg berlaku pada tournament tue :

1. Team Sabah improved dengan baik sekali, tak disangkakan Sabah dapat membuat beberapa kejutan dalam beberapa events.
2. Few incidents berlaku tentang isu judging, well isu ini di mana2 pertandingan sure akan berlaku.
3. Corner Judge salah/tak/terlebih rekod, ini yg buat aku pening nie.. .. mcm mana boleh overlooked. Walaubagaimanapun, juri dapat tangkap kesilapan itu dan membetulkan balik.
4. GM C.S Lim menjadi Juri dan Mst Siva menjadi C. Ref untuk event2 tertentu. Menarik sungguh!
5. Banyak VIPs yg datang semasa opening ceremony termasuk Mahaguru Omar Din.
6. Pengumuman badan antarabangsa baru iaitu GTFi. Aku masih blur tentang input ini.
7. Kedah masih lagi mengungguli Piala Agung utk tahun nie.

Aku berjumpa dengan Master Amir, dia menanyakan aku samada aku ambil tak test 5th dan nanti.. .. aku kata tak cukup edah dan lebih2 lagi aku sangkut dgn sorang nie. Walau pun cukup edah kalau aku ambil entah another incident akan berlaku lagi? Wallahhualam.. .. .. Geng Smarts Nordin dtg dan sempatlah aku greet mereka. Baguslah sebab mereka dapat melihat event2 mcm ini berlangsung.

Bekas world champs Pahang datang turun, tegur aku. Tak sangka dia dtg dan betul2 kurus dia tak macam dulu dengan tiada penambahan ketinggiannya. Hu3.. .. Dia nak join balik cumanya katanya akan start balik dengan open tournament dululah. Baguslah tu!

So far itu sahaja yg dapat aku update, ada banyak yg nak diceritakan sebenarnya cuma entah kenapa jari2 nie slow dan lembab nak menaip.. .. .. .. .. but then.. .. entahlah! Apa2 pun tahniah kepada penganjur, par juri, hakim dan pengadil dan para peserta yang menyertai kejohanan ini!

Friday, June 19, 2009

Thursday, June 18, 2009

Postponed of S. Kempo Course

Hi to all!

With regret to inform that the Self Defense with S. Kempo is postponed to 11th July 2009 due to unforeseen reasons.

If you have any enquiries, feel free to communicate.

Thursday, June 11, 2009

Self Defense with S. Kempo

Seperti entry aku yg lalu, Self Defense with Shorinji Kempo telah ditetapkan. Berikut adalah link untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.

Sila klik di link ini : eXCEL

Sebarang pertanyaan, sila hantarkan email ke admdsignx26@gmail.com

Terima kasih.

Friday, June 5, 2009

Pangkor Trip with Smarts


Perkelahan di Pangkor bersama Smarts berjalan dengan baik. Not bad untuk Smart walaupun utk kali pertamanya menganjurkan aktiviti sebegini.

Insyallah, pada masa akan datang Smarts akan improve dengan lebih baik. Semasa aku di sana, iyelah, niat asal memang nak bercuti, janji punya janji dengan bini dari dulu sampai dah beranak, la skrg nie baru tertunai. Hu3.. .. ..




Org rumah aku enjoyed habis semasa di Pangkor, malam sendaloka tue yg paling aku tak boleh lupa, memang kena aku malam tue.. .. . ini Sir Din punyer kerje la nie, he he he tak juga pd dia, itu pasal maid dia lari.. .. .. hanya pd org yg bersama pd malam tu ajer yg faham. (Takut nanti ada org2 misinterpreted)

Aku pulak lepas gian nak berkayak, hari pertama ajer aku dah paddling dgn wife aku.. .. .. after that joined dengan yg lain mandi laut. Gila sakan sumer mcm tak pernah tgk laut.. .. He3.. .. .. Hari ke-dua tak lepas buat training bersama di tepi laut dengan dubok.. .. siap ada tourist rakam lagi tue.. .. tak tau ler SirN & Sir Din notice ke tak.. .. .. then aktiviti seterusnya ke Pulau Giam, again mandi laut jugak.. .. .. Petang tue ke pekan utk shopping sampai aku terpaksa bagi red light kat bini aku sebab nanti kang aku yg kena bawa "extra luggage". 3rd day aku dah tepu dgn laut.. .. .. bini aku still pie terjun dengan wife Sir Din.. .. .. aku just lepak tepi dan melihat sahaje.. .. ..

La nie kulit tgh recover sunburn, balik dari Pangkor, kulit aku dah meradang (burning sensation). Tak boleh sentuh terutama shoulder skin aku, terasa mcm kena siat.. .. .. takperlah.. .. .. no hal pun.. ..

Apa2 pun, aku & family memang totally enjoyed the Pangkor trip, the BBQ was nice though I missed my sotong bakar. Well done Smart! Thank you for the nice Smart t-shirt! Terima kasih to SirN, Sir Din, saudara Anwar and others. Knowing you all is a great pleasure indeed.

p/s : Hujung bulan 7 aku akan fly ke Langkawi.. .. .. menunaikan janji aku lagi yg tak tertunai dari dulu.. ..


Entry dari SirN (Part 1) : Klik sini
Entry dari my wife (1st Day) : Klik sini