Saturday, January 22, 2011

Letter to Express Unsatisfaction of One Letter

Justify FullSurat apa ini? Apa yang ingin disampaikan dalam surat ini? Kepada siapa? Aku terima surat ini melalui faks dan basically aku happy la sedikit walaupun nak menunggu surat ini keluar dari tahun lepas semenjak entri blog mengenai isu ini dikeluarkan.

Walaupun demikian, masih ada kekurangan dalam proses surat ini, yang mana ianya bersifat individu dan bukannya dari badan persekutuan. Dan juga masih lagi terdapat kekurangan dalam pengisian suart tersebut yang lebih menjurus kepada ketidakpuasan terhadap elemen politikal. Aku lebih suka jika ianya lebih kepada fakta dan sedikit unsur politikal dilibatkan.

Kenapa baru nak keluarkan surat ini dan bukannya dari dulu lagi? Ceritanyaa ialah kerana seorang Master telah kehilangan tiga (3) sekolah akibat ‘kekuasaan politikal’ surat tersebut dan setelah Master itu bertindak berserk here and there, barulah tindakan dibuat tetapi atas sifat individu. Kenapa badan induk tidak berani untuk ‘stand-up’ for this letter?

Ok, aku admit la yang ianya adalah salah satu tindakan untuk mengatasi masalah ini dengan memberi surat ini, tetapi masih ada few options yang boleh digunapakai bagi membantu jurulatih yang mengalami masalah dari surat itu.

Few entri aku mengenai masalah ini telah aku posted kan dalam blog aku, ada satu duanya itu menjadi isu panas, namun apa yang aku ekpresikan adalah benar yang mana aku sendiri mengambil inisiatif sendiri untuk mengetahui sedalam mana masalah ini. Tetapi pada ketika itu aku bertindak secara individu. Jika badan persekutuan dapat membuat langkah drastik, aku rasa dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh para jurulatih.

Aku dapat menyuarakan pendapat aku melalui blog ini walaupun pernah menjadi isu, tetapi inilah pendapat aku tak kira walau bagaimana kejam entri aku ini. Aku akan tetap terus berjuang bukan sahaja untuk aku tetapi juga untuk rakan2 aku yang lain dan bukannya dengan melarikan diri, membohongi diri sendiri dengan mengambil kesempatan dari kelemahan yang ada. Itu adalah pengecut namanya.

4 comments:

Anonymous said...

Persatuan dutubuhkan sejak 1998/99. Lebih dr 10 tahun. Org2 yg berada di tampuk pemerintahan pn bukan orang baru. Orang2 yg ada pengalaman dalam persatuan dulu.

Sepatutnya Surat 'Puaka' TM itu sepatutnya orang2 dalam tampuk pemerintahanlah yang fikirkan.

Bukan hanya tanya adakah anda menyokong persatuan?
Anda menyokong persatuan?
Sokong Persatuan?

Nak kira sokong, Rasanya ramai jurulatih di luar tu mengajar tanpa fikir imbuhan. Hantar student sertai kejohanan dengan mendahulukan RM poket sendiri. Ajar untuk lihat anak didik pandai & maju kedepan. Dahulukan duit poket sendiri untuk lihat pelajar naik talipinggang Hitam yang mana seterusnya meramaikan lagi barisan jurulatih Persatuan. Tidak perlu tanya adakah jurulatih ini sokong persatuan atau tidak.

Tapi apakah orang2 dalam persatuan fikirkan tentang jurulatih2 yang dikelilingi oleh tekanan Surat 'Puaka' tersebut.

Nak masuk sekolah. Guru Besar minta pada Pejabat Pendidikan. Pejabat Pendidikan pula itu kuasa Gurubesar. Datang pula pegawai2 tu kata.."Kami dapat Surat 'Puaka' ni.You ada ke surat 'puaka' ni"
Kalau ada guru sealiran dengan kita yang rapat dengan Pejabat Pendidikan ni bagus la boleh toleransi.

Harus dingat, bukan semua semua guru sama aliran dengan kita. Bukan semua jurulatih ini guru.

Bukan tidak bersuara. Ada suara. Biasalah bila orang bawah bersuara tambahan lagi bukan higher Dan atau Master yang bersuara. Mana nak dipandang orang2 sebegini. Ya Lah orang tiada jawatanlah katakan.
Mana orang atas nak dengar?...

Bila bersuara, adalah yang bersuara... Awak mesti hormat Senior, Hormat Jurulatih, Hormat Master... Bla bla bla bla..

I orang lama U....
Don't play2 with me..

Bersuara pun masalah....
Macamlah tak pernah salah

Hanya sehelai surat puaka itu boleh rosakkan kelas jurulati2 ini. Dah la turun naik pejabat siap baju kot, kemas untuk buka kelas. Bila kelas dibuka dan berjalan 2, 3, 4 atau 5 tahun mungkin.

Datang surat Puaka ini habis kelas. Siapa harus dipersalahkan?
Jurulatih?
Yang bawa surat Puaka itu?

Ehh.. Come On la.. Nak luaskan empayar dan jajahan takluk kenalah beri senjata canggih, strategi canggih manggih,askar kuat dll.

Setahu hamba bukan hanya Master itu sahaja yang kehilangan kelas TKDnya kepada pembawa surat 'puaka' tersebut. Setahu hamba seperti yang diberitakan kepada hamba, ada yang kehilangan hampir semua kelasnya pun. Sebab surat 'Puaka' tersebut.

Ada juga bila mengadakan kejohanan TKD pada tahun sebelum2nya penyertaan hampir mencecah ratusan orang. Kemudian bila adakan pada tahun berikutnya, hampir separuh hilang. Alasan, hanya Pembuat Surat 'Puaka' itu sahaja yang berdaftar dengan kementerian dan mendapat sponser.

Siapa yang rugi?
Jurulatih?
Pelajar?

Kenapa Tak percaya?
Tidak percaya tidak mengapa. Anggap saja ini cerita dongengan Mak Lampir yang sudah monopouse.

Tidak mustahil jika ini berterusan, ramai yang akan sebahagian pembawa Surat 'Puaka' tersebut.

Sebagai Contoh
Parti Pemerintah yang memrintah satu2 negara ini biasanya akan fikirkan bagaimana nak kekal memeritah dengan lama. Kena ambil hari rakyat, dengar keluhan rakyat, adakan kemudahan untuk rakyat dll.

Ini minta Surat 'Puaka' pun susah nak beri/sediakan macam nak tak nak je. Lepas batuk di tangga saja gamaknya.

Ini cuma celoteh atau skrip yang merapu meraban sahaja. Mengarut sahaja. Maklumlah yang membaca ini pun ramai dari golongan marhaen seperti Saya. Apalah sangat pendapat marhaen ini. Barang tentu tidak menjejaskan sedikit pun reputasi golongan bangsawan.

Akhir Kata
Terimala pantun dari Hamba
1 2 3 4
5 6 7 8
9 10 11 12
13 14 15 16

Macam Pantun pengakap pula!
:-)

Ayasu Kuro-Obi said...

Assalamualaikum akhi Adam...

Yes, d so-called surat puaka mmg satu jenis jin buatan manusia yg mengacau-ganggu 'kita' akhir2 ini, kami di sini sudah diganggu sejak 'berkurun' dengan surat2 yg seumpamanya sepupu sepapak puaka tersebut dan setiap kali Anugerah Guru Malas (AGM) sudah tentu wakil kami "suara-kalingg" itu lah yg keluar bunyi... mana suara "chong" yg tahu cakap belakang tapi kat depan "kecut batu"...

Kita rasa "kalih" dengan senjata puaka ini dan sememangnya "Federation" kena buat sesuatu... bukan ke dah ada wakil di Kementerian Pengajian Tinggi???

Ya kita tahu bukan satu isu yang mudah...tapi WAJIB jadi keutamaan pemimpin "Federation"...

Wallahua'alam....

Anonymous said...

pemimping fededaration tidok

Anonymous said...

Hamba secara peribadi memang memuji tindakan TM. Mengeluarkan Surat Puaka ini untuk kebajikan/kemudahan/jaminan para jurulatih mereka.

Surat Puaka itu pula ber'kepala'kan KPM yang sememangnya direkacipta khas untuk masuk kesekolah-sekolah. Dengan ini menunjukan secara tidak langsung bahawa para pembawa surat puaka ini sememangnya di iktiraf oleh KPM.

Sudah ada hitam putih. Apa perlu dipersoalkan pihak sekolah atau pihak TKD F lain tentang pembawa/jurulatih surat puaka ini?

Inilah yang dikatakan professional.
Badan Induk membantu para jurulatihnya. Badan Induk memudahkan kerja para jurulatihnya.
Badan Induk terbukti professional. Badan induk memang ada sistem yang bagus.

Bukan sekadar kata-kata bahawa kita professional. Orang lain yang menjadi hakim dan melihat samada kita professional atau tidak.

Hamba ada mendengar juga ada dikalangan para jurulatih kita yang meminta ehsan dari golongan bangsawan. Memang hamba pernah dengar rintihan para jurulatih ini. Jika jawapan yang diberi seperti usaha sendiri, akan diusahakan, perlu ada hubungan baik dengan pihak sekolah, perlu itu dan perlu ini.

Jika jawapan seperti usaha sendiri, akan diusahakan, perlu itu dan ini, nenek/datuk hamba dan para pembaca pun boleh jawap begitu. Jika minta pertolongan dijawap usaha sendiri rasanya tidak perlu tanya pada golongan bangsawan ini. Kita usahakan sendiri.

Para jurulatih ini bertanya yang mana secara tidak langsung untuk menjaga sayap-sayap kecil persatuan. Seterusnya menjaga nama baik persatuan.

Jika begitu rupa jawapan yang diberi, rasanya itu jawapan tidak bertanggungjawap, jawapan tidak mahu membuat kerja, jawapan tidak mahu mendengar rintihan marhaen, jawapan yang malas berusaha, jawapan yang tidak professional.

Jika jawapan begini diberi, takut-takut hilang hormat warga marhaen seperti hamba terhadap golongan bangsawan.

Besar sangatkah usaha untuk menyediakan Surat Puaka ini?
Susah benarkah usaha untuk menyediakan Surat Puaka ini?

Para jurulatih ini hanya minta persatuan dengan kerjasama KPM menyediakan Surat Puaka. Bukannya emas, permata, berlian, mahligai, istana atau sebagainya.

Hanya Surat Puaka sahaja. Itu Sahaja.

Bincang? Kalau bincang mahu dengar suara marhaen seperti kami ke?

Bila ditanya, jawapan seperti melepaskan batuk ditangga. Jawapan yang sekadar memberi harapan. Apa hendak dibincangkan?

Apapun ini hanya nukilan rantaian rasa hamba sebagai marhaen. Yang bersuara pun hanya 3 atau 4 orang. Hanya segelintir sahaja dari beribu para jurulatih persatuan di luar sana.

Apalah sangat suara 3 atau 4 orang yang tiada pangkat ini. Lagipun blog ini pun milik orang yang tiada pangkat juga.

Hamba fikir tiada orang bangsawan akan membacanya.:-)

Tidak mengapa, hanya ngomelan antara marhen seperti hamba dan para pengomen.

Akhir Kata terimalah pantun dari Hamba.

2 3 Kucing Berlari
Manakan sama si Kucing Belang
Kenapa Kucing itu berlari
Kan sudah jadi Kucing Belang

:-D