Saturday, January 22, 2011

Letter to Express Unsatisfaction of One Letter

Justify FullSurat apa ini? Apa yang ingin disampaikan dalam surat ini? Kepada siapa? Aku terima surat ini melalui faks dan basically aku happy la sedikit walaupun nak menunggu surat ini keluar dari tahun lepas semenjak entri blog mengenai isu ini dikeluarkan.

Walaupun demikian, masih ada kekurangan dalam proses surat ini, yang mana ianya bersifat individu dan bukannya dari badan persekutuan. Dan juga masih lagi terdapat kekurangan dalam pengisian suart tersebut yang lebih menjurus kepada ketidakpuasan terhadap elemen politikal. Aku lebih suka jika ianya lebih kepada fakta dan sedikit unsur politikal dilibatkan.

Kenapa baru nak keluarkan surat ini dan bukannya dari dulu lagi? Ceritanyaa ialah kerana seorang Master telah kehilangan tiga (3) sekolah akibat ‘kekuasaan politikal’ surat tersebut dan setelah Master itu bertindak berserk here and there, barulah tindakan dibuat tetapi atas sifat individu. Kenapa badan induk tidak berani untuk ‘stand-up’ for this letter?

Ok, aku admit la yang ianya adalah salah satu tindakan untuk mengatasi masalah ini dengan memberi surat ini, tetapi masih ada few options yang boleh digunapakai bagi membantu jurulatih yang mengalami masalah dari surat itu.

Few entri aku mengenai masalah ini telah aku posted kan dalam blog aku, ada satu duanya itu menjadi isu panas, namun apa yang aku ekpresikan adalah benar yang mana aku sendiri mengambil inisiatif sendiri untuk mengetahui sedalam mana masalah ini. Tetapi pada ketika itu aku bertindak secara individu. Jika badan persekutuan dapat membuat langkah drastik, aku rasa dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh para jurulatih.

Aku dapat menyuarakan pendapat aku melalui blog ini walaupun pernah menjadi isu, tetapi inilah pendapat aku tak kira walau bagaimana kejam entri aku ini. Aku akan tetap terus berjuang bukan sahaja untuk aku tetapi juga untuk rakan2 aku yang lain dan bukannya dengan melarikan diri, membohongi diri sendiri dengan mengambil kesempatan dari kelemahan yang ada. Itu adalah pengecut namanya.