Wednesday, July 29, 2009

Rentetan Dari Senior2ku.. .. ..

Baru shj membaca blog Sri Din dan Sir Eizam. Apa yang mereka katakan itu ada betulnya. Faktor masa ataupun evolusi telah berlaku di mana tahap pemikiran dan kematangan individu telah dianjakkan ke suatu tahap yang lain.

Aku pun pernah merasa diherdik di hadapan anak murid aku sendiri, apa nak buat pada masa tu?, aku amatlah muda dan biarlah ditatang bertalu-talu di telinga. Pada masa grading pun pernah juga benda yang sama berlaku pada aku. Tapi aku anggap seperti bapa & anak, seperti ditegur atau ‘dirotan’ oleh bapa, esoknya baik semula.

Tapi kes aku ni lain sikit. ‘Bapa’ aku dah meninggal dunia, tak sempat aku nak berbaik-baik padanya dan belanja dia teh tarik, dapat tong-tong sikit jer untuk keranda dia. Aku x bertegur-sapa dengan dengan dia sebab aku x nak support dan join dia masuk *TF (Dia anggap aku nie ‘anak’ x mengenang budi), ada satu insiden tu dia *uck aku siap ajak aku gaduh lagi tu di hadapan murid aku!!!! Aku just bow pd dia (mutual respect) dan walk away. Itu citer dulu2 la masa zaman2 agresif.

So, aku dapat ‘Bapa’ kedua nie, brought up aku sampai ke tahap aku mengenal kawan2 di serata negeri melalui PTSWPKL (zaman MITF), dan few years back ada argument besar yang berlaku antara aku dan ‘Bapa’ aku ni. Aku rasa Sir Din tahu tentang citer ni. In fact aku rasa terkilan apabila ramai orang mengata ‘Bapa’ aku nie ‘redundant’ punya type sebab x aktif dalam organisasi. Sebagai ‘anak’ memang menjadi tugas kita untuk menasihat ‘Bapa’ kita, tapi kalau “bapa’ kita degil, apa boleh kita buat? So, ‘anak’ keluar dari rumah la kan? Hish, kasar pulak bunyi ayat tu.. .. .. Aper yg aku cuba maksudkan adalah aku harus keluar dari ‘comfort zone’ aku membentuk haluan aku sendiri, meninggalkan apa yang aku telah bina selama ini, well apa perlu aku risau? Foundation di ‘keluarga’ lama sudah ada, ilmu telah aku berikan seupaya kemampuan aku. Dengan ‘pemergian’ aku, aku harapkan ‘keluarga’ lama aku dapat berdiri dengan teguh dan lebih maju ke hadapan dan menjadi lebih baik dengan ‘ketiadaan’ aku. Malangnya ianya tidak terjadi sepertimana yang aku idamkan dan terjadi sepertimana yang aku jangkakan. Enough said. Walaupun begitu aku masih lagi berhubung khabar dengan bekas ‘Bapa’ ku nie sehingga kini.

Present, aku sudah dapat ‘Bapa’ yang baru dan ‘keluarga’ yang baru. Malahan dari sini, aku terus menapak jauh ke depan dari apa yang aku kecapi dulu. Dan kini juga, aku mempunyai few ‘Bapa’ seperti ‘Ayah Din’, Ayah Eizam selain dari Ayah Y’ aku sendiri. Pencarian erti ‘Do’ menjadi semakin menarik dari dulu apa yang aku didedahkan iaitu ‘Tae & ‘Kwon’. Perasaan seronok apabila bersama ‘Bapa-Bapa’ kita berkongsi bukan di meja kedai mamak malahan berlatih bersama mereka. Dan perasaan seronok apabila dapat dikenali oleh kebanyakkan senior2 yang lain. Aku x tahu lah jika perasaan ini tiada pada para perintis kita sekarang walaupun aku sudah nampak ianya sedang berlaku dan erti ‘Do’ semakin pudar di kalangan perintis baru.

Nasihat aku agar janganlah mempunyai jurang di antara kita dengan ‘Bapa’ kita walaupun bekas ‘Bapa’ kita sendiri. Ingat bahawa anda adalah cetusan dari bimbingan yang diberikan oleh ‘Bapa’ anda sendiri. Jika kita ada silapnya, maka ‘Bapa’ tegurlah dengan seadanya dan sepatutnya. Dari situ keakraban dapat dikekalkan, dan amalkan sikap hormat pada yg ‘tua’ di mana anda berada dan anda akan dibalas sebaiknya..

6 comments:

Noordin Khalid said...

"What goes around, comes around"

Itu saja yang dpt aku nyatakan! Apa yg kita buat pada 'bapa' kita akan terjadi kepada kita dalam bentuk yg sama pada suasana yg berasingan.

Kita nak salahkan bapa atau kita bila ianya terjadi seperti mana kita lakukan pada bapa kita dulu dan bila anak kita mula mengambil langkah yang sama kita ambil dulu pada suasana sekarang?!

Bapa tetap bapa dan kita akan menajdi bapa juga ... jadi bagaimana kita nak jadi bapa bila "bapa kita" masih menjadi bapa pada "anak kita"?

He he he

What goes around comes around!

Anonymous said...

ayah din...nasib tak ayah pin!!!!!

Adam A. said...

Ingat nak letah Ayah Pin, karang kena label penganut ugama sesat.. .. .he3

Anonymous said...

keep it up bro..dont despair. life goes on..my duty to enhance mid class instructor. too much gap between the old and young generation. We are in between..who should bridge between the old school of thought and the new genre...

Anonymous said...

I teringat 1 kisah member cerita pasal kisah dia dgn kwn dia (A).

Member I ni cerita yg dia pernah bgtau si A ni cerita yg lebih kurang yg U tulis ni. Member I ada bgtau A, sekian2 org ni kena hati2 terutama pasal Duit. Nanti Gaduh susah.

Nak jadi cerita, tak sampai seminggu dah buat hal dah. nasib baik RM dia selamat.

Buat Baik Berpada-pada.
Jangan terlalu di Puji dan Di Jaja.
Nanti kelak badan binasa.

Nukilan

Tanpa Nama

Sharifudin said...

Ayah Din?..nmpk tua weh..klau Abg Long ke along ke..angah ke OK la sikit..hu..hu..

Anyway ..yesterday aku ngan "bapa" aku dah back to normal...dah maap cium2 tangan he..he..