Thursday, September 20, 2007

Menuju Ke Pesuruhjaya Sukan Malaysia

14hb Sept 2007, pagi.. .. aku menuju ke Bukit Jalil untuk berjumpa dengan Pn. Rozana ttg MTCA. Kalau nak tahu apa tu MTCA, begini, aku dapat info yg mana2 kelab atau akademi yg ingin berdaftar hendaklah melalui MTCA (Malaysia Taekwondo Club & Academy) under supervision of WTF. So saja gatal2 la nie nak cari pasal kat sana.. .. ..

Sampai kat sana, aku pun buka cerita kat kaunter receptionist tu.. .. nak daftar kelab tkd baru under GTF. "Minta maaf En, skrg nie semua kena daftar under WTF. GTF telah de-register".. .. .. Aku tersungging kat situ kjp... .. Mmg makcik nie nak kena dgn aku.. .. .. "Betul ke Cik?, kalau betul de-register, knp saya tak dimaklumkan? Benda2 nie jgn bawa main2, boleh jadi isu besar nie! Kalau betul, boleh tunjukkan saya surat pekelilingnya?"

Minah tu dah blur kjp.. .. "Aku : Beginilah.. .. .. saya tahu isu TKD nie skrg tgh sensitif, boleh saya ckp dgn Pn. Rozana? Dia lagi tahu ttg hal2 sebegini rupa.. .." Aku pun duduk kejap... .. Tak sampai 2 minit aku dipanggil masuk untuk berjumpa dgn orang lain. "Cheh, knp aku kena jumpa dgn org lain lak nie?" Sampai jer.. .. aku tgk kat pintu tu jap.. .. .. En. Zahrin bin Romli, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Sukan Malaysia. "Alamak?!, tuler, mulut cabul aku tu dah bawa aku kat sini.. "

"Apa khabar Sahabat?" salam En. Zahrin kat aku.. .. .. "Mari kita duduk kat sofa empuk tu baru sedap berborak2" pelawa En. Zahrin.. .. "Apa hajat sahabat ingin bertanya tg isu Tkd?" Aku suprised jugak sbb he is really soft spoken person. So, aku pun tanyala soalan ttg MTCA tu.. .. Ok, begini kata En. Zahrin :

“Sejak Menteri tarik balik MTA, kedudukan MTF skrg tidak kukuh lagi kerana disebabkan isu pengiktirafan dari Korea yang hanya mengiktiraf MTA dan bukan MTF. MTA pula sekarang sedang mencari semula tapak untuk menjadikan mereka kuat seperti dulu semula. Apabila MTF ditubuhkan, kami (Pesuruhjaya Sukan) memberi sokongan supaya MTF dapat bertapak dan kukuh sebagai Governing Body. Sokongan in adalah daripada MTCA yang mana hanya separuh MTCA yang menyokong MTF. Soalan yang sahabat tanya tadi berkenaan pendaftaran kelab, buat masa sekarang ini tiada surat yang menyatakan pendaftaran kelab mana2 disiplin Tkd hendaklah melalui MTCA tetapi surat cadangan telah dikeluarkan dan saya telah melihat surat itu dan buat masa ini, tiada lagi apa2 keputusan yang telah dibuat.”

Aku pulak nak tanya, “En. Zahrin, kalau begitu, saya faham. Aku mengambil kesempatan yg ada dgn tanya satu soalan lagi En, Zahrin, saya dari disiplin TKD GTF, sepanjang pengalaman saya mengajar TKD lebih2 lagi di sekolah, beberapa isu yg saya hadapi dan tidak boleh menjawab isu tersebut. Knp TKD GTF dan ITF tidak dapat bertanding dalam sukan SUKMA, MSSD dan MSSM yang hanya WTF sahaja memonopolinya? Kami ada sukan malah di peringkat international tetapi tidak mendapat bantuan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan. Yang hanya kami mendapat bantuan ialah di Sukan Rakan Muda Rakan Wajadiri sahaja”


Kata En. Zahrin, “Begini, dahulunya disebabkan kes WTF menyaman pihak kami dan pihak kami yg ketika itu dalam keadaan pressure memaksa kami membuat satu surat pekeliling yg menyatakan hanya WTF diiktiraf untuk mengajar di sekolah-sekolah dan mengambil bahagian dalam sukan yang dianjurkan oleh Kementerian dan surat itu telah diserahkan kepada semua Pejabat Pedidikan Daerah dan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM). Kami telah terlepas pandang kepada disiplin yang lain ketika itu ialah ITF. Oleh yang demikian, Tan Sri tiada di sini, beliau di Melbourne, saya menunggu kepulangan beliau untuk menyeleseaikan isu MTA ini dahulu dan insyaallah perkara ini juga akan dibawa ke tengah oleh Tan Sri sendiri nanti.

“Terlepas Pandang?!” Hmmm, boleh ke aku terima kenyataan tu? Ttp, kalau ikutkan pengetahuan aku, susah aku nak penetrate sekolah jika hendak membuka kelas Tkd di sana. Isu2 iniler yg aku kena menjawab dulu .. .. .. Aku teringin juga nak forward soalan ini ke John Mohd, tgk caman response dia.. .. tpkan, most of the time, aku tak puas hati dgn explanation dia.. .. .. hanya words sahaja. No action to be taken. Kalau tanya si Yeow tu, lagi ler dia membebel panjang lebar akhirnya aku yang terkankang sorang2 jugak.

Tapikan, aku punya niat nak bertanya ttg MTCA jer.. .. .. so aku dah dapat explanation dari dia. Tentang Sukma dan bla bla bla tu, biarlah John Mohd yang settle dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Tapi aku akan forward soalan itu nanti jika aku ada kesempatan yang amat baik. Buat skrg nie, aku tak heran ker MTCA, MTF, MTA, WTF, ITA, GTF, ITA, ATA atau aper ker jadah F nyer, aku ajar mengikut prinsip aku.. ...

- The End -

No comments: