Aku sms kat dia.. .. . ok set. Esok harinay aku dah tercogok kat depan dewan tue, aku ingat aku yg lambat sebab aku keluar lewat dari rumah. Rupanya dia yg paling lewat. Takpelah, kata rumah kat situ jugak. Aku berborak2 dengan dia sebelum kelas bermula.. .. .. Aku cerita yg Din dah 5 Dan, budak2 dia nak ambil 4 Dan nanti dalam bulan 12 nanti. Tak lupa jugak aku cerita tentang budak2 PGTF yang recently baru upgraded. Aku tanya kat Alvin, bila you nak ambil 4 Dan? Alvin dengan kecewanya berkata, “Master Chee x kasi aku ambil. Dia suruh aku ambil tahun depan tapi tak tahu bila.. .. “ Aku dengar kesian jugak kat dia, student kesayangan Master Cheela katakan.
So, aku katalaa kat Alvin yg aku nie agak free dalam bulan nie sampai bulan 3 tahun depan. Sekolah cuti, kelas pun cutilah. Cuma kelas aku jer yg on. Itupun pada petang Sabtu dan malam Rabu. Hari lain semuanya aku free. Mati kutu aku x tahu nak buat aper. So, aku nie kiranya merayap ler mencari teman2 TKD aku.. .. sambil melawat bertanya khabar sambil berlatih.
Aku beruitahu Alvin yg Mahesan called aku baru2 nie. Kata Mahesan, National tour cancelled sebab Yg Dipertuan Agung x dapat turun. Aku agak frust jugak sebab baru2 nie aku ada liaised dengan Din nak join dia untuk National nie. Cadangnya nak turun dalam minggi nie kat kelas Din utk training. Aku ingat nak inform Din dulu sebelum datang ke kelas dia. Lagipun aku ada beberapa perkara nak dibincangkan dengan Din, tp kena face to face. Baru dapat ilham yang superb.
Semasa tgh tukar ke dubok, Alvin dah naik badan la katakan, tak kurang jugak dengan aku nie.. .. he he. So start ler warm up, stretching.. .. aku semua urat2 tegang dan stress.. .. .. waa.. ..dah lama x buat warm up dah menggeliat tubuh badan. Alvin pun seronok training jugak sebab dia ada partner nak buat bersama.. .. .. kalau tidakkan, Alvin akan ajar gitu2 jer. Hari tue aku training pattern dengan Alvin dari 1st Dan sampai pattern 3rd Dan. Berpeluh2 buat pattern.. .. .. tapi seronok.. .. still Alvin punya pattern impressive. Aku dulu selalu compete pattern dengan dia tpkan nasib tak menyebelahi aku, kalah jer dengan dia. Tpkan, aku belajar pattern dengan dia ler dulu.. .. banyak yg dia ajar aku sampai aku jadi giler ler buat pattern.
Lepas Alvin, aku mulalah beralih kepada Johnson Kong, Dang Kok Wai, Master Yeow, Ng Kok Leong, Pau Siong, budak Pahang tu (aku x ingat nama dia), Tham (Perak) siapa lagi hah? Masing2 ada cara tersendiri perform pattern. Instructor aku dah passed away, Mr. Daljit Singh. Itu pun dia tak ajar aku pattern semasa aku baru2 dapat 1st Dan. Yg ajar aku pattern masa tue Lim Tuck Sing, Subra, Naguib, Mariana, Baloo, Ravi, Rajen itulah yg aku dapat recall. Tpkan pattern Kwang-Gae, itupun half jer. Lim Tuck Sing banyak ajar aku more on sparring and kicking techniques. Ng Kok Leong pada masa tue x dapat nak train dengan dia sebab dia orang pertama yg tinggalkan Daljit pada masa itu.
Lepas tuler baru aku jumpa dengan Sathia. Sathia pun focus on sparring instead on pattern. So, aku terpaksa mengambil initiative sendiri untuk belajar pattern dan sekarang nie walaupun aku ada CD Black Belt Legacy (White Belt Pattern – 6th Dan Pattern) still aku kena belajar dari yang experience. Pattern dah banyak yang improved. So, kena belajar yang the latest. Baru2 nie aku turun jumpa Master Yeow kat gym dia.. .. sajer jer pay him a visit. Dia x habis2 tanya aku bila nak 4th Dan dengan dia.. .. .. aku kata nantilah. Aku sendiri pun tak sure lagi. Terjumpa sekali dengan Mr. Chong dalam gym tu.. .. .. dia minta aku call dia. Fikir dua kali jap aku nak call dia…. . sampai sekarang aku tak lagi.. .. dia ada kelas kat Menara Telekom kat Bangsar.
So, berbalik cerita tadi, lepas habis kelas Alvin, aku perkena teh tarik dengan dia. Alvin tanya aku free tak pada hari Ahad. Aku memang free pada hari Ahad tambahan lagi waktu sekarang nie cuti sekolah, lagi aku free. Dia minta tolong aku utk handle kelas dia kalau dia takde.. .. . bagi aku no hal. Lagipun, aku tak berkira sebab TKD is part of my life. Alvin kata sebab kerja sekarang nie banyakkan dia ke outstation. So, aku takde masalah nak tolong dia. Anything about TKD, I will try my best to help my fellow members.
So, insya-Allah aku mungkin turun lagi ke kelas dia minggu depan for training. Something for me to upkeep myself.